Wednesday, March 30, 2022

Elakkan Datang Berguru Membawa Ketinggian

 

Jika 25 tahun yang lalu kita sudah mula belajar dan beramal, insya-Allah dapatan kita hari ini sudah sedemikian banyak. Tapi kita baru hendak bermula, atau baru bermula, atau baru sebulan dua, tiba2 mahukan dapatan sebagaimana orang2 yang sudah bermujahadah selama 25 tahun. Hal itu hampir2 mustahil berlaku. Tetapi jika kita bersungguh2 dan sanggup berkorban, tidak mustahil dalam 2-3 tahun sahaja kita boleh mencapai dapatan sebagaimana mereka yang 25 tahun. Melebihi mereka pun tidak mustahil juga.


Baru masuk kerja 2 bulan, tapi mahu gaji dan pangkat setara orang2 yang sudah kerja 25 tahun... manalah nak dapat.


Baru belajar tasawuf, sufi, tarekat 2 bulan, 2 tahun, tapi mahu dapatan yang 25 tahun... susahlah.


Apabila kita sudah sedar yang kita terlambat, maka kita kenalah lebih bermujahadah berbanding orang2 lain. Barulah kita berpeluang untuk mengejar, menyamai atau tidak mustahil mendapat rezeki yang lebih daripada mereka yang mendahului kita.


Masalahnya - kita tahu kita terlambat, tapi kita tiada kesedaran atau sangat kurang kesedaran. Kita belum mahu bermula. Ada yang sudah bermula tetapi sekadar bermula sahaja. Gerak dan tindakan kita lambat macam jalannya pengantin atau itik. Lambatlah kita hendak maju.


Ditambah pula dengan sifat ego kita. Walau sudah jauh tertinggal tetapi kita mahu dipandang orang sebagai tidak tertinggal atau tidak banyak tertinggal. Walau banyak tidak tahu tetapi mahu dipandang sebagai sedia banyak tahu dan sedang banyak tahu.


Begitulah perlakuan segelintir orang khususnya yang baru2 datang nak belajar atau baru belajar.


Ilmu ini ilmu yang "jatuh" pada qalbu. Ia tidak mengira setinggi mana kelulusan kita, sebanyak mana guru kita, sebesar mana serban kita, sebanyak mana murid atau pengikut kita, sebesar mana kesukaan orang kepada kita, sefasih mana kata-kata kita, sebanyak mana hafazan kita, sebanyak mana khataman kitab2 kita, sebanyak mana karya2 kita, sebesar mana pengaruh kita, sehebat mana keturunan kita, semerata mana tempat2 belajar kita, sebanyak mana pengiktirafan orang2 besar kepada kita, sebanyak mana perkara2 mencarik adat yang berlaku pada kita, dan sebagainya.


Datang belajar dengan membawa semua ini sebagai sokongan untuk dipercepatkan....... ringkas kata, tak ada gunanya. Si mursyid tidak memandang sangat pun semua itu semua sebagai sebarang kelebihan. Kita ikhlas, kita rajin belajar dan rajin beramal, itulah yang lebih dipandangnya.


Datang sebagai cawan kosong, banyaklah air yang boleh dimasukkan.

Datang sebagai cawan separuh kosong, separuh sahajalah air yang boleh dimasukkan.

Datang sebagai cawan yang penuh, tak adalah air yang dapat dimasukkan lagi.

Umumnya sebegitulah. Bukan semestinya.


20/3/22

No comments: