Banyak yang bercadang... lepas pencen :
baru hendak mendalami ilmu2 agama,
baru hendak belajar2 berdakwah,
baru nak bertariqah,
baru hendak mengenal Allah (ma'rifah),
baru hendak mencapai maqam cinta Allah (mahabbah),
baru nak tambah ibadah2 sunat,
baru nak cuba2 praktik sunnah,
baru nak cuba2 bercakap dan menulis tentang agama,
tetapi...
banyak yang tidak sempat
kerana sudah lebih dahulu "dipanggil pulang".
Tak tercapailah hasrat.
Sebahagian yang sempat mencapai usia pencen pula
ada yang jadi sibuk ke lain.
Sibuk dengan penyakit2,
sibuk dengan masalah2 jin, sihir dan saka,
sibuk dengan urusan anak cucu dan kaum keluarga,
sibuk dengan politik,
sibuk dengan masyarakat,
sibuk dengan makan angin ke sini sana,
sibuk dengan urusniaga,
sibuk dengan rumah dan kebun,
sibuk dengan pokok2 dan haiwan ternak,
sibuk dengan melayan hal2 dunia di internet...
tak tercapai jugalah hasrat.
Oleh itu,
jangan tunggu pencen.
Mulakan sekarang.
Mulakan langkah pertama.
Biar sikit2, lama2 akan membukit.
Pada bila2 masa sahaja
Malaikat Maut
boleh datang menyapa.
Urusan Dia jangan kita bersibuk2,
tidak dibenarkan untuk kita bersibuk2,
kerana urusan-Nya tidak akan dipersoal.
Cukup kita terima, percaya dan alaminya sahaja.
Tapi usaha dan ikhtiar kita mestilah disibuk2
kerana itu pasti akan dipersoal
dan diminta pertanggungjawabannya.
14/3/22
No comments:
Post a Comment