Tuesday, March 15, 2022

Awal Penciptaan Versi MAN

 

PERSOALAN : (sambungan - sebelum ini awal penciptaan versi tarekat, kini versi lain pula)

Awal penciptaan versi Mxxxxxx Xx Nxx.
Awalnya ada dzat Allah. Kemudian keluar dari dzat Allah itu nur sebanyak 70,000 nur.
Nur putih, hitam, merah, hijau, biru, kuning, kesemuanya menjadi ciptaan sekalian alam.


JAWAPAN :

1. Ditulis : "Awalnya ada dzat Allah."


Bahagian ini tidak ada masalah. Memang benar.


2. Ditulis : "Kemudian keluar dari dzat Allah itu nur sebanyak 70,000 nur."


Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini dalam jawapan masalah yang lalu, tidak ada apa2 satu sesuatu pun yang keluar dari Zat Allah atau daripada Zat Allah.


Kalimah yang tepat ialah : Kemudian "keluar (atau "terbit")" "daripada" Zat Allah itu "nur".

Sekiranya inlah yang cuba dimaksudkan, maka benarlah. Jika tidak, maka tidak benarlah.


Tentang 70,000 nur itu saya tidak punya pengetahuan tentangnya. Maka tak dapatlah saya untuk mengulasnya.Yang saya ditarbiyahkan dalam Tariqah Ghazaliyah ini adalah tentang 70,000 hijab daripada nur DAN zulmat, bukannya 70,000 nur.


3. Ditulis : "Nur putih, hitam, merah, hijau, biru, kuning, kesemuanya menjadi ciptaan sekalian alam."


"Nur" yang dibicarakan dalam hal ini bukanlah nur (cahaya). "Nur" ini tidak berwarna dan bahkan tidak jernih pun. Hanya nur yang berwarna, tetapi "nur" tidak. "Nur" tidak dapat dilihat dengan mata kepala. Nur pula boleh dilihat dengan mata kepala.


Yang "menjadi" ciptaan sekelian alam ini ialah "nur", bukannya nur. Nur itu sendiri "dijadikan" "daripada" "nur".


Jika kita sudah lama berada dalam tarbiyah sufi, insya-Allah suatu hari nanti kita boleh menggunakan istilah2 BAHASA DALAM kaum sufi tanpa perlu menjelaskannya pun, kerana sudah saling memahami antara sesama ahli.


Contohnya, perkataan DARIPADA (dalam jawapan sebelum ini) punya 3 maksud. Ketika saya berbual dengan mursyid saya dahulu, kami gunakan perkataan DARIPADA ini bercampur baur dalam perbualan kami tetapi masing2 dengan sendirinya faham penggunaannya sama ada jenis 1, 2 atau 3 tanpa perlu dijelaskan. Hal ini kerana sudah terlalu terbiasanya kami berinteraksi dengan perkataan DARIPADA itu, tanpa berlaku salah faham. Saya juga sedia maklum bila masanya guru saya bercakap dalam wilayah hakikat dan bila masanya dia sedang bercakap dalam wilayah syariat, tanpa perlu diperjelaskan. Dia juga begitu dengan saya. Sebab itu orang dulu2 menulis dalam bahasa apa pun tidak meletakkan tanda ".........", kerana mereka memang berkeahlian dalam laras bahasa biasa dan laras bahasa kaum sufi. Tapi zaman sekarang, jika tidak diperjelaskan dengan tanda ".............", banyak yang akan tersalah jalan. Itu yang sampai ada dakwaan mengatakan boleh ternampak nur Muhammad, bersinar bercahaya kononnya, nur itu bergerak menghampir, siap boleh beri salam kepada nur itu, dan macam2 lagi. Dah jelas2 itu bukan "nur" Muhammad yang sebenar, tetapi sesuatu yang disangkakan sebagai "nur" Muhammad.

 

15/3/22

No comments: