Tuesday, March 8, 2022

Pesanan untuk Murid2 yang Menjadi Guru

Dari tahun ke tahun, ada sahaja anak2 murid yang berjaya menjadi guru.

Dan apabila mereka minta sepatah dua kata nasihat,

antara yang sahaya kongsikan...sama sahaja...


Lihat anak2 murid nanti, tak kira bangsa, agama dan jantina, lebih dahulu dan sentiasalah fikirkan ...

Apalah nasib hidup aku dan mereka dalam hidup yang selama2nya di akhirat sana?

Apa yang aku boleh buat untuk diriku dan mereka agar berjaya di sana?

Dari situ insya-Allah akan ada TINDAKAN yang muncul dari dalam diri kita.


Kemudian, fikirkan juga...

Apalah nasib hidup aku dan mereka dalam kehidupan yang sementara lagi sangat sekejap di dunia ini?

Apa yang aku boleh buat untuk diriku dan diri mereka untuk berjaya di sini?

Maka praktikkan sahajalah ilmu2 yang sudah dipelajari dalam proses untuk menjadi guru selama ini.


Kita dan mereka mungkin hidup di dunia ini sekadar 70-80 tahun,

maka usahakanlah perbekalan yang sepadan dengannya.

Tapi...kita dan mereka akan hidup di akhirat sana selama-lamanya,

maka usahakanlah perbekalan yang sepadan dengan tempoh tersebut

... iaitu untuk selama-lamanya.


Senang di sini, senang yang sementara.

Susah dan sakit di sini pun, susah dan sakit yang sebentar cuma.


Senang di sana, senang yang selama-lamanya.

Tapi susah dan sakit di sana, susah dan sakit yang saaaaaangat lama, atau selama-lamanya.

Sebenar guru tak akan sanggup "melihat" diri dan murid2nya susah dan sakit,

apatah lagi susah dan skait yang saaangat lama atau selama-lamanya.


Walau mengajar bahasa, jadikan yang ini keutamaan.

Walau mengajar sejarah, jadikan yang ini keutamaan.

Walau mengajar seni, jadikan yang ini keutamaan.

Walau mengajar pendidikan jasmani, jadikan yang ini keutamaan.

Walau mengajar mata pelajaran apa pun, jadikan yang ini keutamaan.


Sama sahaja pesanan sahaya

zaman-berzaman.


8/3/22


No comments: