Thursday, March 17, 2022

Guru2 Sudah Dapat Mengagak

 

Ibarat juri2 profesional yang mendengar nyanyian para peserta pada minggu pertama, sebenarnya mereka sudah boleh mengagak penyanyi yang mana bakal ke separuh akhir dan akhir. Cuma kadang2 berbeza seorang dua sahaja kerana ada penyanyi yang kadang2 secara tiba2 tanpa dijangka merudum nyanyiannya pada minggu2 seterusnya, dan ada penyanyi yang tiba2 tapa dijangka melonjak nyanyiannya. Tapi biasanya barisan yang diagak itulah yang akan betul2 sampai ke separuh akhir dan akhir. Hal ini kerana kualiti dan potensi masing-masing itu sudah sedia ternampak.


Di sekolah2 pun lebih kurang sama. Guru2 kenal murid2 yang berpotensi dapat cemerlang, yang berpotensi dapat baik, yang berpotensi dapat lulus sahaja, dan yang berkemungkinan gagal. Biasanya hanya seorang dua murid sahaja yang berbeza dapatannya nanti dengan yang diagak. Itu biasa.


Begitu juga dalam tasawuf sufi tariqah. Biasanya guru2 sudah dapat mengagak murid2 yang manakah yang tidak akan sampai ke awwal ad-diin (ma'rifatullah), yang berpotensi sampai, yang berpotensi sampai ke nisf ad-diin sahaja, yang berpotensi berjejak ke akhir ad-diin, dan yang berpotensi mencapai hujungnya kamal ad-diin. Dalam 10 orang, mungkin 1 orang sahaja yang berbeza pencapaiannya nanti daripada yang diagak. Biasanya.


17/3/22

No comments: