Dalam dua minggu ini ada beberapa orang yang bertanya kepada saya tentang syarahan peristiwa Isra' dan Mi'raaj. Sebenarnya setakat ini saya belum bercadang untuk buat satu siri syarahan yang baharu. Rasanya masih cukup dan masih relevan lagi syarahan terperinci yang dibuat beberapa belas tahun yang lalu itu. Kesemua rakaman audio/video berkaitan pun masih ada di Youtube. Ada 123 fail semua. Tuliskan "kembara ke sidratul muntaha" di Youtube, akan keluarlah segala khazanahnya.
Ketika itu saya mensyarahkan kitab Kifayatul Muhtaj fil Isra' wal Mi'raj karya Syeikh Daud al-Fatani. Kitab tersebut berjaya diperincikan dan dikhatamkan dalam lebih 20 kali kuliah (sekiranya tidak salahlah kerana saya sudah lupa) dan dalam tempoh 8 bulan di Surau An-Nur.
Sebahagian daripada perincian kitab itu tentunya tidak terdapat dalam ceramah2 Isra' Mi'raj yang lain. Maka sesiapa yang berminat, bolehlah mencarinya untuk diambil manfaat.
Tentunya ada kelemahan dan tidak mustahil ada kesalahan dalam syarahan terperinci tersebut, maka saya dahulukan dengan permohonan ampun maaf.
14/3/22
No comments:
Post a Comment