Sunday, March 27, 2022

Orang Pertama Diajak Bertarekat Ghazaliyah

 

MIMPI TUAN Axxxx Xxxxx : Saya bermimpi duduk dalam satu masjid. Dalam masjid tu saya tengah bersembang dengan Sheikh Zainul Asri. Selepas ketika itu saya keluar ke halaman masjid. Saya nampak ustaz tengah duduk di perkarangan sekitar itu, bersama ditemani dua orang macam di kiri dan kanan ustaz. Apabila hendak ambil wudhu, tiba2 ustaz ada di sebelah saya sambil senyum toleh ke saya sambil mengatakan : "Ambil la 1000 je sehari dan 10 je wirid ". Macam tu la dialognya seingat saya. Saya pun tersenyum. Saya pun bangun dari tidur. Kalau ustaz lapang tidak keberatan, ustaz boleh takwilkan. Terima kasih ustaz.


JAWAPANNYA : Hati tuan memang suka akan agama dan suka mengambil tahu akan ilmu2 agama (keakhiratan). Tuan senang hati untuk mengambil pelajaran khusus agama Islam daripada orang2 yang seumpama Syeikh Zainul Asri yakni dari segi manhajnya dan ilmu2nya, iaitu yang manhaj ASWJ atau di tempat kita ini biasa juga disebut sebagai Islam tradisional atau Kaum Tua. Syeikh Zanul Asri dalam mimpi ini adalah perlambangan atau takwilan bagi kecenderungan tuan itu.


Dengan bekalan pengetahuan agama selama hari ini itu, tuan berusaha membawanya ke dalam kehidupan tuan di dunia ini, tidak sekadar dalam amal ibadah khusus sahaja tetapi juga ke dalam seluruh kehidupan. Ini digambarkan dengan keluarnya tuan ke halaman masjid.


Apabila tuan sudah keluar ke halaman masjid (untuk menjalani kehidupan di dunia, untuk melalui realiti kehidupan di dunia), tuan nampak saya yang ditemani oleh dua orang di kiri dan di kanan. Kemudian tuan hendak mengambil wuduk. Wuduk itu ertinya urusan-urusan iaitu urusan-urusan hidup di dunia (dari segi keagamaan dan keduniaan).


Tentang dua orang di kanan dan kiri saya itu, ada dua pengertian sekaligus.


Yang pertama, kedua-duanya itu tidak lain daripada ilmu mu'amalah dan ilmu mukasyafah yang menjadi perjuangan teras Imam al-Ghazali dan tentunya dalam Tarekat Ghazaliyah juga. Imam al-Ghazali memang sangat menekankan dua ilmu ini dalam kitabnya Ihya' 'Ulumuddin. Bagi beliau, inilah sebenar2 ilmu2 jalan ke akhirat. Maka Tarekat Ghazaliyah pun penekanannya seperti itu juga.


Yang kedua, kedua-duanya melambangkan anak2 murid saya dalam Tarekat Ghazaliyah ini. Dalam beberapa perkongsian tentang mimpi2 orang sebelum ini, jika di dalam mimpi itu ada saya, sekiranya saya bukan berseorangan, biasanya saya ditemani oleh dua orang pemuda atau dua orang kanak-kanak. Selalu orang bermimpi bergini. Pernah sekali sahaja saya ditemani oleh seorang murid saya (yang pakaian dan penampilan murid yang seorang ini sama macam saya). (*Selepas ini ada satu lagi mimpi terbaru seorang hamba Allah yang lain yang di dalamnya ada juga dua orang budak. Insya-Allah akan kita kongsikan kemudian)


Beberapa lama dahulu pernah saya kongsikan satu mimpi oleh seorang hamba Allah. Saya ingat2 lupa, lebih kuranglah mimpinya- dia bermimpi tentang satu binaan berkubah seakan-akan wakaf. Pengudaraan tempat itu bagus dan pintu-pintunya sentiasa terbuka. Di dalamnya ada orang2 berpakaian putih yang berdiri atau duduk bersaf-saf. Dia ternampak saya duduk berhampiran muka pintu belakang. Di kanan kiri saya ada dua orang anak muda yang masih kecil (mungkin awal remaja).


Bangunan itu ialah segala manhaj dan warisan Imam al-Ghazali dalam Tarekat Ghazaliyah. Ahli-ahli jemaah itu semua ialah tokoh2 Tarekat Ghazaliyah zaman-berzaman. Ramai wali Allah dalam kalangan mereka. Keadaan mereka sama ada berdiri atau duduk itu memberikan isyarat-isyarat tertentu.


Kedudukan saya dalam tarekat ini pula hanya sekadar di bahagian belakang sahaja, berhampiran pintu masuk. Memang sangat jauhlah ketinggalan (sekadar di pinggiran keindahan). Hal itu juga melambangkan susunan zaman para pengamal Tarekat Ghazaliyah ini sejak zaman Imam al-Ghazali sehinggalah ke zaman kita ini. Padanlah saya dan murid-murid berada di belakang sekali. Pintu belakang itu tidak lain ialah penutup atau kesudahan kepada Tarekat Ghazaliyah ini iaitu Hari Kehancuran dan seterusnya Hari Qiamat. Selepas daripada saya, kemungkinan besar akan ada lagi para penerusnya kerana saya tidak betul2 berada di muka pintu. Masih ada sedikit ruang lagi. Wallahua'lam.


Remaja di kiri kanan saya itu ialah perlambangan bagi anak-anak murid saya dan juga perlambangan bagi ilmu muamalah dan ilmu mukasyafah saya yang masih dikira terlalu muda/cetek/lemah berbanding tokoh2 terdahulu dalam tarekat ini.


Sewaktu tuan hendak mengambil wuduk, tiba2 saya berada di sebelah tuan, saya tersenyum sambil menoleh ke arah tuan. Kemudian saya katakan : "Ambil la, 1000 je sehari dan 10 wirid."


Yang 1000 itu ialah lafaz zikir harian Tarekat Ghazaliyah yang biasa disebut orang sebagai zikir harian Imam Ghazali atau ada yang sebut sebagai zikir harian sahaja (kerana manjoriti manusia termasuklah yang mengamalkan lafaz zikir harian itu tidak mengetahui bahawa amalan popular itu ialah daripada Tarekat Ghazaliyah). 10 Wirid itu ialah Bacaan 10 atau 10 Bacaan Harian Tarekat Ghazaliyah yang setiap satunya 10 kali, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam dalam kitabnya Ihya' 'Ulumuddin. Kemudian tuan tersenyum.


Mimpi ini juga bermaksud, tuan ialah orang pertama yang saya ajak (sedang ajak/akan ajak) untuk mengambil Tarekat Ghazaliyah. Hal ini kerana budaya Tarekat Ghazaliyah ini memang para pengamalnya tidak mengajak orang lain untuk bertarekat Ghazaliyah, kecualilah atas sebab2 yang khsuus, sebagaimana dalam kes tuan ini. Tarekat ini tidak bermatlamat untuk mengajak orang, meramaikan pengikut, atau membesarkan jumlah keahlian. Sebab itulah sepanjang 26 tahun saya mengamalkan tarekat ini, belum pernah walau sekali saya mengajak seseorang untuk bertarekat Ghazaliyah. Semua pengamal yang datang kemudian itu adalah atas keikhlasan dan kehendak mereka sendiri. Tuanlah orang pertama yang saya mahu ajak untuk bertarekat Ghazaliyah (setelah 26 tahun).


Begitulah antara maksud mimpi tuan. Wallahualam.


17/12/21 (Tarikh soalan ditanyakan)

27/3/22 (Baru dapat memberi jawapan. Mohon maaf banyak2 atas kelewatan)



No comments: