Seorang wanita bertanyakan tentang mimpinya malam semalam (Isnin malam Selasa)... dia bermimpi berada di dalam sebuah masjid. Masjid itu saaangat besar. Dia sedang duduk di tengah-tengah masjid. Saya juga ada di situ, duduk berhadapan dengannya. Hanya kami berdua sahaja di dalam masjid yang sangat besar itu.
Kemudian masuk seorang hamba Allah yang dikenalinya. Dia pun memberitahu kepada saya, "Ustaz (merujuk kepada orang itu)." Saya pun berdiri. Orang itu berjalan ke arah kami lalu bersalaman dengan saya sambil menepuk bahu saya. Mesra orangnya. Kami berbual-bual tetapi wanita yang bermimpi ini sudah tidak ingat isi perbualan tersebut. Ketika itu barulah ada beberapa orang mula masuk ke dalam masjid tetapi baru sampai di sekitar pintu dan belakang.
Setelah itu saya dan orang itu berjalan bersama-sama dari tengah masjid menuju ke arah bahagian hadapan masjid untuk mengerjakan solat. Maka ramailah orang masuk di bahagian belakang menuju ke hadapan untuk bersolat bersama-sama.
Begitulah isi mimpinya. Hamba Allah tersebut ialah Habib Ali Zaenal Abidin.
28/3/22
No comments:
Post a Comment