PERTANYAAN : Assalamualaikum al-fadhil ustaz. Semoga ustaz sentiasa dalam lindunganNya dan dikurniakan rezeki yang penuh barakah. Aamiin Ya Mujib. Maafkan ana andai mesej ini menganggu ustaz. Ana ingin bertanya bagaimanakah cara sekiranya ana berminat untuk berbaiah dengan Tarekat Ghazaliyah ini? Maafkan ana andai ana jahil adab dalam bertanya dan menganggu masa ustaz. Assalamualaikum.
JAWAPAN : Waalaikumussalam Tuan Xxx Xxxx Xxxxxx. Doa yang sama juga untuk tuan.
1. Tarekat Ghazaliyah ini adalah untuk semua. Ia boleh diamalkan umumnya oleh sesiapa sahaja yang ada mendapat tahu tentang amalan2nya walaupun tanpa diijazahkan dan tanpa berbai'ah.
2. Namun begitu, jika dapat diijazahkan dan berbai'ah secara berhadapan (sama ada secara fizikal atau melalui tekologi), hal itu adalah sangat bagus dan sangat digalakkan.
3. Diijazahkan dan berbai'ah secara berhadapan muka itu hanya dimestikan bagi orang2 yang mungkin suatu hari nanti akan jadi guru utama/syeikh Tarekat Ghazaliyah, atau mu'allim Tarekat Ghazaliyah, atau wakil ijazah dan bai'ah Tarekat Ghazaliyah sahaja. Kadang2, berlaku juga orang2 yang tidak disangka2 itulah yang Allah pilih.
4. Setakat pertengahan tahun lepas (2021) Tarekat Ghazaliyah ini ada 4 orang yang layak menjalankan majlis mengijazah dan menerima baiah. Namun pada waktu ini ada dua orang sahaja yang sesuai ditemui iaitu ana sendiri di Taiping, Perak dan wakil ana iaitu Tuan Abu Ihsan https://web.facebook.com/mohdfirdaus.thahuddin di Jerantut, Pahang.
Wlksm.
15/3/22
No comments:
Post a Comment