Tuesday, March 29, 2022

Tungku Ad-Diin ke-4 Berkait dengan Masa dan Keadaan

 

Tungku ke-4 iaitu tungku as-sa'ah itu berkait masa dan keadaan. Antaranya mentarbiah kita bila masanya atau bagaimana keadaannya sesuatu perkara dalam tiga tungku yang lain (al-islam, al-iman, al-ihsan) dan dalam tungku as-sa'ah itu sendiri :

- akan dikekalkan tidak dibuka,

- atau akan dibuka,

- atau ditutup setelah dibuka,

- atau dibuka setelah ditutup.


Bukan sentiasa sesuatu hal itu ditutup atau sentiasa dibuka.


Kadang-kadang sesuatu hal yang tinggi-tinggi itu perlu juga dibuka. Kadang-kadang sesuatu hal yang rendah-rendah itu perlu juga ditutup. Tidak semestinya yang rendah2 itu sentiasa boleh dibuka dan yang tinggi2 itu sentiasa mesti ditutup.


Teruskan dengan pengajian bersanad untuk keempat2 tungku ad-diin walau dengan siapa dan di mana kita berguru.


- Halaqah Usrah 24/3/22

(Ditulis pada 29/3/22)


No comments: