Membantah dengan hati itu selemah-lemah iman. Tapi banyak orang yang suka berhenti pada tahap itu sahaja dengan beranggapan :
- "Jadilah."
- "Ada le jugak."
- "Asalkan selamat sudahlah."
- "Lega rasanya."
- "Aku berjaya!"
Sebenarnya ada salah faham di situ.
Kita berkorban selama hari ini sekadar berusaha untuk mencapai maqam selemah2 iman sahajakah?
Dalam agama Islam umumnya dan dalam TST (tasawuf, sufi, tariqah) khususnya, lemah iman itu satu maqam yang sangat ditakuti terkena dan sangat mahu dihindari lagi dijauhi. Dari satu sudut, lemah iman itu merupakan satu bala atau musibah yang sangat dahsyat. Tetapi kita hari ini berasa puas hati lagi selesa sahaja dengan maqam lemah iman? Ada pula yang beranggapan bahawa maqam lemah iman itulah matlamat dan tujuan.
Semoga Allah pilih kita ke arah kecemerlangan lalu dianugerahi-Nya.
14/3/22
No comments:
Post a Comment