PERSOALAN : Maaf ustadz jika saya mengganggu. Bagaimana pandangan Tuan Ustadz tentang nama ruh? Belakangan ini di Indonesia ada kajian Tasawuf yang menjelaskan nama ruh, benarkah ini? Mohon petunjuk dan bimbingan tuan.
JAWAPAN RINGKAS : Waalaikumussalam Tuan Xxxxx. (Sekadar jawapan RINGKAS sahaja)
1. Pada pandangan saya, nama ruh itu tidaklah penting untuk kita mengambil tahu tentangnya. Hal ini kerana manusia bisa saja mencapai maqam2 tertinggi dalam keruhanian WALAUPUN TANPA MENGAMBIL TAHU AKAN NAMA RUH. Yang pentingnya ialah nama Allah kerana pada maqam2 yang tertinggi, nama2 kita termasuklah nama ruh sudah tidak ada lagi dan tidak punya kepentingan pun melainkan hanya nama-Nya. Dan untuk mencapai nama-Nya itu, TIDAK BERTARAF PERLU pun kepada kita untuk mengetahui nama ruh kita.
Itu kalau mengikut jalannya Ghazaliyah. Bagi jalan2 lain, mungkin ada beda. Namun begitu, kita MERAIKAN pandangan pihak2 lain yang beranggapan bahawa pengetahuan tentang nama ruh itu sangat penting. Kita punya jalan kita, mereka dengan jalannya mereka.
2. ANTARA sumber terawal tentang nama ruh itu ialah kitab Al-Ghunyah yang DIKATAKAN karangan Syaikh Abdul Qadir al-Jilani. Namun begitu, karya2 SAQJ lebih2 lagi yang berkaitan dengan tasawuf tidaklah seselamat karya2 Imam al-Ghazali. Karya2 UTAMA Imam al-Ghazali yang sampai kepada kita hari ini memang jelas asli daripada penulisnya. Namun karya2 SAQJ sering dikomentar orang.
Contohnya kitab Al-Ghunyah sendiri. Tidak benar2 dapat dipastikan adakah ia benar2 karangan SAQJ, atau karya orang lain, atau karya SAQJ yang ada bercampur dengan karya orang lain, atau bagaimana. Dalam kitab tersebut, ada bahagian2 yang menolak dan menghentam aqidah Asyairah. Mana mungkin SAQJ berbuat demikian.
Kitab para ulama sebelum kitab Al-Ghunyah termasuklah karya2 Al-Ghazali, sefaham saya tidak ada yang berbicara tentang nama ruh SEBEGITU. Jadi, ADA KEMUNGKINAN ajaran tentang nama ruh SEBEGITU bukan dibawa oleh SAQJ. Wallahualam.
3. Selepas zaman SAQJ, ada ulama bernama Ibnu Sab'in. Kononnya beliau juga ada menulis tentang nama ruh SEBAGAIMANA YANG CUBA DIFAHAMKAN oleh pihak2 tersebut. Saya tidak pernah membaca kitab itu tetapi berdasarkan perkongsian2 orang tentang isi kandungannya, pemahaman yang cuba dibawa oleh tuan kitab itu bukanlah sebagaimana fahaman yang cuba disampaikan oleh orang2 hari ini. Ibnu Sab'in bercerita tentang nama orangnya bukannya nama ruh (*sebagaimana yang cuba difahamkan oleh sebahagian orang itu) sebagaimana dalam kitab Al-Ghunyah. Wallahualam.
4. Secara peribadi, saya CENDERUNG untuk beranggapan bahawa isu nama ruh SEBEGITU dibawa oleh orang2 yang lebih kemudian dan tidak diketahui siapa sebenarnya yang memulakannya.
23 Mac 2022
...bersambung ke siri ke-2 kerana ada persoalan berkaitan yang walaupun masih ringkas ringkas tetapi agak lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment