YANG BERTANYA : Assalamualaikum ustaz. Saya dari Kluang, Johor. Bagaimana ya untuk sertai Tarekat Ghazaliyah ya uztaz?
JAWAPAN : Wlksm Tuan. Tarekat Ghazaliyah ini adalah untuk semua. Ia boleh terus diamalkan walaupun tanpa disertai. Sekiranya tuan tahu sebarang amalan Tarekat Ghazaliyah, boleh sahaja diamalkan kerana amalan2 dalam tarekat ini sememangnya sudah diniatkan sebagai diijazahkan siapa2 kepada semua orang yang berminat.
Ia boleh terus diamalkan walaupun tanpa diijazahkan atau berbai'ah secara berhadapan. Suatu hari nanti jika diizinkan Allah untuk kita bertemu, ketika itu bolehlah diijazahkan dan berbaiah sekiranya mahu, Jika tak mahu pun, tidak ada sebarang masalah.
Saya di Taiping, Perak. Wakil terdekat dengan Kluang pun, masih jauh juga jaraknya iaitu di Jerantut, Pahang. Sekiranya ada persoalan, bolehlah ditanyakan kepada saya. Wakil saya di Pahang itu ialah Tuan Abu Ihsan. Nanti tuan bolehlah bersahabat dengannya melalui FB https://www.facebook.com/mohdfirdaus.thahuddin .
BERTANYA : Saya tidak mengetahui mengenai amalan Tarekat Ghazaliyah ustaz. Boleh ustaz bantu saya? Ada kitab panduan sebagai langkah permulaan saya ustaz?
JAWAPAN : Semua amalan yang fardhu dan yang wajib dalam Islam, tuan teruskan (*yang itu memang sudah sedia mesti dilaksanakan sama ada kita bertariqah atau tidak). Dan sebagai amalan tambahannya apabila mahu beramal dengan Tarekat Ghazaliyah, kita amalkan lafaz Zikir Harian yang 1000x sehari itu.
Saya ada menulis 4 buku khusus tentang Tarekat Ghazaliyah. Cuma sekarang tiada stok. Sepatutnya dah sedia dalam minggu ini. Mungkin sehari dua lagi agaknya baru dapat diadakan.
Amalan
Lafaz Zikirullah Tariqat Al-Ghazaliyyah
Zikir Hariannya
adalah sebanyak 1,000 kali sehari iaitu :
Hari Ahad –
“Ya Hayyu. Ya Qayyum”.
Hari Isnin – “La haula wa
la quwwatailla billa hil ‘aliyyil ‘azim” atau ringkasnya “Laa
haula wa laa quwwatailla billah”.
Hari Selasa –
Selawat ke atas Nabi saw. Apa-apa jenis selawat yang sesuai
sekurang-kurangnya “Allahumma salli ‘ala Muhammad”.
Hari
Rabu – Istighfar sekurang-kurangnya : “Astaghfirullah”.
Hari
Khamis : “Subhanallaahi wa bihamdihi, subhanallahil ‘aziim”.
Boleh juga “Subhanallahil ‘azimi wa bihamdih”.
Hari
Jumaat : “Ya Allah”.
Hari Sabtu : “La
Ilahaillallah”.
Zikir Harian ini boleh dibaca pada
bila-bila masa, sambil bekerja atau sambil duduk-duduk sahaja,
dihabiskan sekaligus atau bersambung-sambung, berlafaz di mulut atau
di hati. Tetapi bagi yang mahu menghabiskannya dalam keadaan
(contohnya) berwangi-wangian, menghadap qiblat, berserban, berjubah,
berselendang, berpakaian serba putih, dan sebagainya yang bagus di
sisi Allah, sangatlah digalakkan.
Jadi, sebagai permulaan ini, tuan bolehlah mula amalkan lafaz zikir Harian yang di atas lebih dahulu. Nanti dari semasa ke semasa insya-Allah kita tambahkan lagi lanjutannya beserta penerangan.
YANG BERTANYA : Alhamdulillah. terima kasih banyak ustaz atas bimbingan nya. nanti bukunya sudah ada boleh maklumkan ya uztaz, boleh saya beli untuk memahami lebih lanjut.
TAMAT
(*Lebih kurang 12 hari kemudian... ternyata buku2 tersebut masih belum berjaya juga diadakan. Mohon maaflah banyak2 kepada tuan ini. Kami sudah mencuba tetapi belum diizinkan-Nya )
SAHAYA : Setakat hari ini bukunya masih belum dapat diadakan lagi. Ada kekangan2 tertentu yang belum dapat dibereskan.
YANG BERTANYA : Baik ustaz. Terima kasih ustaz.
15/3/22
No comments:
Post a Comment