Friday, April 15, 2022

Mimpi Berkhatan

 

Pada salah satu malam dalam bulan Ramadhan ini seorang hamba Allah bermimpi berkhatan. Dalam mimpi itu si hamba Allah melihat sendiri hujung kulit kemaluannya tertanggal (dikhatan) dengan sendirinya tanpa oleh sesiapa atau oleh sebarang benda. Apakah maksudnya?


Maklumat ini tidak mencukupi kerana perlu diketahui juga peringkat usia dia berkhatan itu. Berkhatan waktu bayi, lain tafsirnya. Berkhatan waktu kanak-kanak, lain tafsirnya. Begitu juga jika sudah dewasa, usia matang , atau ketika sudah tua.


Jadi dalam mimpi tersebut si hamba Allah berkhatan dalam usianya sekarang yakni usia sebenar. Apakah pengertian mimpi ini?


JAWAPAN : Mimpi ini membawa maksud si hamba Allah bagus dalam agamanya KETIKA INI (pada masa akan datang, wallahua'lam). Dan jika dalam tempoh terdekat ini telah timbul sebarang permasalahan berkaitan agama dan si hamba Allah berkait dengan hal tersebut, maka pendirian si hamba Allah adalah benar.


Begitulah tafsirannya.


12/4/22


No comments: