Jika dengan belajar sesuatu ilmu itu
terbukalah peluang untuk dapat
nama, pangkat, kedudukan,
gaji, wang, harta,
pengaruh, penghormatan dan kebanggaan
di dunia ini,
memang banyaklah orang berlumba-lumba.
Manusia akan sanggup mengorbankan
masa, tenaga, wang, harta,
dan tidak kisah pun
untuk merendah diri
malahan sanggup dipandang rendah pula
sementara untuk mendapatkannya.
Tidak kurang juga
yang berasakan
ikhlasnya sangat tinggi.
Tetapi jika dengan belajar itu
kurang terbuka peluang
untuk mendapatkan hal-hal itu semua
di dunia ini,
kuranglah orang yang mahu membelajarinya
sekalipun ilmu2 itu sangat penting
di dunia dan di akhirat.
Sangat kuranglah manusia
yang sanggup berkorban
untuk mendapatkannya.
Untuk merendah diri,
lagilah tiada mahu.
Jika kena belajar juga,
tiadalah ikhlas di hati
melainkan sekadar untuk menyatakan
yang dirinya ada juga belajar.
13/4/22
No comments:
Post a Comment