Saturday, April 30, 2022

Biarkan Mereka ADA Rasa Puas Hati

 

Orang2 yang mahu menyusahkanmu

akan lebih membara

niat dan matlamat tidak baik mereka

apabila mereka masih gagal

untuk menyusahkanmu.


Oleh itu KADANG2

engkau kena berlagak seolah2

engkau memang berjaya disusahkan oleh mereka

agar mereka ada perasaan puas hati,

lalu niat dan matlamat tidak baik mereka itu berkurangan,

sifat2 mazmumah mereka mengendur,

dosa2 mereka tidak berpanjangan,

murka Allah ke atas mereka tidak bertambah.


Kita berbuat begitu

kerana kita kasihkan mereka

dan tidak mahu hal2 yang tidak baik

serta kesusahan2

berlaku ke atas mereka

di dunia dan di akhirat,

sekalipun mereka memang mahu

kita mendapat yang tidak baik

dan kesusahan.


Kita berkorbanlah sedikit untuk umat

kerana kita diasuh kasihkan umat.


30/4/22

No comments: