Kadang2... orang sengaja meletakkan kita pada satu2 jawatan atau kedudukan itu bukannya kerana mereka mengakui kita atau memerlukan kita, ataupun kerana kita memang layak, tetapi sebagai helah sulit mereka untuk membuatkan kita terdiam atau berdiam...sahaja.
Jalan untuk kita mendapat jawatan atau kedudukan itu juga dirancang agar kelihatan macam drama lagi banyak kesulitan, maka nampaklah macam real.
Kita yang tiada kesedaran pun tersangka/terperasan yang kita berjaya mendapat jawatan atau kedudukan itu atas usaha2 gigih kita dan kita memang layak berada di situ. Padahal tidak.
Apabila "mereka" selesai mencapat matlamat2 mereka, maka kita pun akan beransur2 secara halus juga disingkirkan.
Ketika itu barulah datang penyesalan. Tetapi oleh kerana ketika itu keranda sudah pun disiapkan, maka yang boleh dilakukan hanyalah mencucurkan air mata sahaja.
Jika kita tidak terpedaya dulu mungkin kita masih dipandang sebagai perak sekalipun bukan emas. Tetapi nanti kita hanya akan dipandang sebagai besi buruk sahaja.
9/4/22
No comments:
Post a Comment