Thursday, April 14, 2022

Sesal Kemudian Tiada Berguna

 

Sesal dahulu pendapatan,

sesal kemudian tiada berguna.

Panduan dan nasihat awal2 sudah diberi,

tetapi hanya didengar, tiada diterima.

Yang tiada mahu mendengar pun ada.

Tapi, datang berubat dengan kita.


Kemudian dan sekarang,

ramai yang datang semula.

Minta dirawat dan didoa.

Sungguh kasihan rasanya.

Namun tidak banyak yang boleh diusaha

melainkan menyampaikan hajat cuma.

Moga2 ada berlaku

sesuatu yang luar biasa

dengan izin-Nya.


14/4/22

No comments: