Saturday, April 30, 2022

Mencari Al-Qadar Berterusan

 

Waktu sahaya masih kecil dahulu pernah sekali negeri Perak menyambut Hari Raya Aidil Fitri sehari lebih awal. Hal ini sedemikian kerana kerana sultan mengesahkan yang anak bulan memang kelihatan. Di tempat sahaya, orang2 tua memberitahu pada esok paginya bahawa pada sekitar pukul 5 pagi itu polis berkeliling ke kampung- kampung berdekatan untuk memberitahu kepada ketua-ketua kampung, memaklumkan yang esok hari raya. Jadi esoknya kami pun menyambut Hari Lebaran, sehari lebih awal daripada negeri-negeri lain.


Pada tahun ini di Indonesia ada 4 hari yang berbeza sebagai permulaaan Ramadhan. Kita mula pada hari Ahad, tetapi di Indonesia ada yang mula pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jadi para pencari Malam Al-Qadr sebaik-baiknya janganlah tumpu pada malam-malam ganjil dalam 10 hari terakhir sahaja. 12 malam terakhir tu kita "henyak" terus tanpa mengira malam genap atau malam ganjil.


- Sebagaimana isi halaqah usrah 7 April 2022 yang lalu

No comments: