Dalam masa dua minggu ini hebohlah juga tentang isu-isu seputar beberapa ajaran keruhanian. Oleh kerana saya sedang sibuk dengan URUSAN2 YANG LEBIH PENTING, maka tidaklah saya bercadang untuk melibatkan diri. Namun begitu, banyak pertanyaan masuk tentang Tariqah Ghazaliyah berkaitan dengan isu-isu tersebut sama ada secara bersemuka atau melalui teknologi. Walaupun hampir kesemua persoalan tersebut sudah berulang kali kita jelaskan dari semasa ke semasa bertahun-tahun (ada yang secara terperinci dan ada yang secara ringkas), kali ini kita gabungkan setempatlah sebagai jawapan untuk semua. Jadi tak perlulah kita jawab kepada setiap seorang.
Kita beri JAWAPAN RINGKAS dalam bentuk ya, tidak, ada atau tiada sahaja. Namun hendaklah diingat bahawa 4 bangsa JAWAPAN RINGKAS ini tidak semestinya menggambarkan pendirian kita.
Contoh : Ditanya kepada guru Silat Xxxx : "Dalam Silat Xxxx ada tak diajarkan ilmu menggunakan kaki aras tinggi dan ilmu memanah?
Lalu dijawab oleh guru Silat Xxxx : "Tak ada".
Dalam Silat Xxxx tidak ada pelajaran permainan kaki tinggi dan permainan panah. Tetapi hal itu tidaklah bererti Silat Xxxx mengatakan permainan kaki tinggi dan permainan panah itu sebagai salah. Cuma yang hendak dinyatakan ialah dalam amalan Silat Xxxx memang tidak diajarkan kedua-dua jenis permainan tersebut. Itu sahaja.
Tentang betul salah sesuatu hal itu memerlukan kupasan lanjut yang tidak sedikit masa dan tenaga akan digunakan untuk menghuraikannya. Jadi tidaklah kita panjangkan di sini.
Mengggunakan kaki yang diangkat tinggi untuk menyepak kepala musuh tentulah sesuatu yang benar.
Ketika berlatih menendang tinggi berseorangan, tiba-tiba melintas ibu kita. Kemudian kita sengaja menggayakan sepakan tinggi satu inci lagi hendak kena muka ibu kita. Hal itu tentulah tidak betul.
Baiklah. Setelah dikumpul2 dari serata tempat, inilah persoalan-persoalannya yang dikemukakan kepada kita :
1. Dalam Tarekat Ghazaliah (TG) ada amalan zikir menari? Tak ada.
2. Minta tolong kepada orang mati dalam kubur? Tak ada.
3. Berdoa DI ATAS kubur? Tak ada. Nak sengaja langkah mana-mana kubur pun rasa tak selesa, apatah lagi untuk bertempat di atasnya. Lalulah ikut tepi-tepi kubur sahaja.
4. Ada bayaran untuk pelajaran2 tertentu? Tak ada. Semua pelajaran TG adalah percuma.
5. Ada yuran atau kutipan? Tak pernah ada.
6. Sujud kepada guru? Tak ada.
7. Sujud menghadap guru? Tak ada. Kalau kebetulan guru dan orang2 lain berada di saf hadapan solat, tak kiralah ye.
8. Cium kaki guru? Tak ada.
9. Berkahwin lebih daripada 4 orang (pada satu2 masa)? Tak ada.
10. Berhubung dengan jin atau makhluk halus? Tak ada.
11. Melantik wali-wali Allah? Tak ada.
12. Silat atau sebarang seni beladiri? Tak ada.
13. Percampuran lelaki perempuan dalam majlis? Tak ada.
14. Kena laknat jika keluar tarekat? Tak ada. TG adalah untuk semua, boleh amal, boleh tidak amal, langsung tidak mengikat. Bebas untuk datang dan pergi.
15. Tawasul? Ada. Bertawasul dengan Nabi Muhammad SAW. Kan selalu nak mula doa kita sebut Rasulullah dan pada akhir doa sebut Rasulullah juga? Yang itu sendiri ialah tawasul. Semua orang pun buat.
16. Ajaran Syiah? Tak ada. Bukan ajaran Syiah sahaja, tetapi ajaran kesemua Virus V6 memang tak ada dalam TG. Tak adil jika kita sebut satu sahaja. Kena katakan secara jelas kesemua Virus V6 ( 6 Virus Dalaman/ Virus 6 Beradik) :
V6-1 Golongan anti hadith dan yang sewaktu dengannya
V6-2 Ahmadiyah Qadiani dan yang sewaktu dengannya
V6-3 Syiah dan yang sewaktu dengannya
V6-4 Salafi Wahhabi dan yang sewaktu dengannya
V6-5 Ajaran2 sesat dan yang sewaktu dengannya
V6 -6 SIPLIS (Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme dll yang sewaktu dengannya)
Segala BAHAGIAN YANG SALAH dan bahagian YANG MELEMAHKAN agama dan umat Islam yang terdapat dalam Virus V6 itu tidak ada tempat dalam TG. Janganlah risau. (Bahagian ajaran mereka yang benar tidak pernah kita tolak. Kita tolak yang salah dan yang melemahkan sahaja)
17. Mengaku sebagai Al-Mahdi? Tak ada.
18. Mengesahkan orang tertentu sebagai Al-Mahdi? Tak ada.
19. Mendaku atau mendakwa sebagai wali Alah? Tak ada.
20. Ada guru ghaib datang mentarbiah? Tak ada.
21. Mendakwa sebagai tarekat terbaik/tersunnah/paling utama dan sebagainya? Tak ada. Malah para pengamal TG seringkali diingatkan dari zaman ke zaman agar menetapkan dalam minda bahawa - akan sentiasa ada orang yang lebih daripada diri kita.
22. Ada pertapaan? Ada iaitu iktikaf di masjid, atau habiskan masa beruzlah/berkhilwah di surau dan yang sewaktu dengannya.
23. Pelajaran dan amalan ilmu kebal, kesaktian, sihir dan yang seumpamanya? Tak ada.
24. Tolak atau buang syariat? Tak ada. Perkukuhkan lagi syariat - ada.
25. Nama ruh? Bahagian ini akan kami jelaskan dalam penulisan yang lain. Bahagian pertama penulisan tersebut dibut pada 23 Mac 2022 yang lalu dan bolehlah dibaca di sini https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/03/isu-nama-ruh-bah-1.html. Bahagian kedua (akhir) akan menyusul kemudian.
Rasanya inilah semua pertanyaan yang sempat dikumpulkan. Semoga bermanfaat.
13/4/22
No comments:
Post a Comment