Engkau MUNGKIN bukan pecinta Allah tetapi MUNGKIN pendusta yang menyangkakan dirinya sudah mencapai maqam cinta Allah :
1. apabila engkau kurang berzikrullah, yakni kurang ingat akan Dia. Bagaimana engkau boleh merasakan yang diri engkau itu seorang pecinta Allah sedangkan engkau selalu lupa akan Dia?
2. apabila engkau kurang berinteraksi dengan kitab-Nya Al-Quran. Jarang-jarang engkau dapat bersama-sama dengan kitab-Nya lalu engkau mendakwakan yang engkau pecinta?
3. apabila engkau tidak jatuh cinta dengan kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW dan dengan sunnah-sunnah kekasih-Nya itu. Sekadar mengakui, lain maqamnya. Jika sekadar suka pun, masih belum mencapai maqam cinta lagi. Hendaklah engkau sampai ke maqam mencintai Nabi Muhammad SAW dan sunnah-sunnahnya.
4. apabila engkau malas untuk menambah amal dengan amal-amal sunat sehari-hari. Engkau sekadar cukupkan yang fardhu dan wajib sahaja, iaitu ekadar untuk melepaskan dirimu.
5. apabial engkau tidak berakhlak/berbudi pekerti dengan akhlak/budi pekerti yang disukai-Nya, tetapi engkau lebih memilih akhlak/budi pekerti yang bukan kesukaan-Nya kerana itu kesukaanmu. Bagaimana engkau sampai hati untuk mendahulukan kesukaanmu berbanding kesukaan Allah? Benarkah engkau sudah sampai kepada maqam MENCINTAI-NYA?
6. apabila engkau tidak menyukai "rumah-rumah"-Nya iaitu masjid2 dan seumpamanya. Engkau dengan sengaja tanpa sesuatu sebab yang manasabah tidak tertarik hati pun untuk selalu berdamping dengan "rumah-rumah"-Nya.
7. apabila engkau suka berfikir yang tidak baik, suka bercakap yang tidak baik, dan suka berbuat yang tidak baik. Engkau anggap ia ok, hebat (cool,hot) atau kesukaan ramai.
8. apabila engkau tidak mencintai hamba-hamba yan dikasihi-Nya iaitu para ulama khususya para ulama pecinta.
9. apabila engkau tidak berminat atau tidak terasa pun untuk berusaha membawa orang-orang lain kepada-Nya, kepada mencintai-Nya.
10. apabila engkau tidak mengamalkan pun apa yang engkau tahu dalam pelajaran agama ini khususnya dalam hal ehwal cinta Allah.
Berhati-hatilah. Engkau wahai diriku sendiri... mungkin bukan pecinta tetapi pendusta!
Abu Zulfiqar al-Amsyari
24/4/22
No comments:
Post a Comment