Wednesday, April 27, 2022

Temu Ghazaliyah - Update 2

 

Update pertemuan2 urusan Tariqah Ghazaliyah.

Apabila kami sudah dapat mengesahkan/menetapkan tarikh dan lokasi/bandar nanti, kami akan berada di satu-satu lokasi selama 2 hari 1 malam sahaja. Jadi kami hanya mampu menyediakan dua sesi pertemuan iaitu :

- 1 pertemuan pada waktu malam (9.00-11.00 pm)

- 1 pertemuan pada esok paginya (9.00-11.00 am)


Untuk setiap sesi itu kami bercadang menerima maksimum 4 orang tetamu sahaja. Jika dapat 1-2 orang sahaja, lagi bagus agar pertemuannya sangat berkualiti. Oleh itu kita akan mendahulukan orang-orang yang lebih awal membuat temujanji. Sekiranya tuan-tuan belum terpilih untuk bertemu pada kali ini, janganlah berkecil hati. Insya-Allah kami akan datang lagi beberapa bulan kemudian.


Jika kita tidak buat cara begini, ringkas kata... langsunglah kita tidak adalah peluang untuk bertemu. Tetapi dengan cara begini, adalah juga 7-8 orang yang dapat bertemu pada setiap kali kehadiran kami. Itulah sahaja yang termampu kami usahakan buat masa ini. Semoga pada masa2 akan datang kita dapat buat lebih banyak sesi dan dalam jumlah yang lebih ramai.


Seterusnya selepas ini kami akan kelaskan pula kategori tetamu mengikut tujuan masing2. Hal ini dibuat kerana mungkin ada beberapa orang tetamu yang berlainan tetapi satu dalam hajat. Bolehlah kita kumpulkan sekali dalam satu sesi.


Contohnya, katakanlah kami singgah di Putrajaya dan kebetulan ada 3 orang yang berhajat untuk mendengar penerangan tentang Tariqah Ghazaliyah. Seorang dari Klang, seorang dari Hulu Langat dan seorang lagi dari Bangi. Bolehlah kita sekalikan ketiga-tiganya dalam satu sesi sahaja. Maka satu sesi lagi boleh kita peruntukkan pula buat orang-orang yang sekadar mahu berziarah atau untuk orang2 lama Tariqah Ghazaliyah datang refresh/menyambung pelajaran.


Nantikan update seterusnya.


27/4/22

No comments: