"Jalan pulang" itu
ialah jalan ruhani
yang tidak dapat disaksikan
dengan mata yang di kepala
melainkan oleh mata qalbu
yang sudah "diasah"
"ketajaman pandangannya"
dengan aqidah, tauhid dan tasawuf.
Gambaran jalan pulang
dalam mimpi hamba Allah itu (1)
hanyalah gambaran-gambaran
yang dihadiahkan oleh Allah SWT
kepadanya (dan kepada kita juga),
bukannya rupa sebenar jalan tersebut.
Di "penghujung" jalan itu
iaitu yang "terhampir" dengan-Nya
ialah Rasulullah SAW
dan kemudiannya para rasul dan nabi-nabi.
Dalam kalangan umat baginda Muhammad SAW ini,
golongan R4S itulah (2)
yang "berada paling hujung" di "jalan" itu.
Kemudian diikuti oleh para wali Allah
menurut tingkatan masing2
dan seterusnya manusia2 lain
menurut tingkatan masing2.
Jalan itu umumnya
sepanjang 70,000 "kilometer" ruhani
dan perjalanan ke arah hadapannya
memakan masa 24 jam
atau sehari semalam
mengikut "waktu setempat". (3)
Di sepanjang "jalan" itulah
manusia dan jin "bertempat",
mengikut maqam masing-masing.
Ada yang berjalan ke arah hadapan
dan bertempat di sana.
Dan ada juga yang berjalan ke arah belakang
dan akhirnya bertempat di sana.
Ada yang pernah berjalan ke hadapan
tapi akhirnya bertempat di arah belakang.
Dan ada juga yang pernah berjalan ke belakang
tapi akhirnya bertempat di arah hadapan.
Wilayah kerja-Nya
tidak akan ditanya
atau diminta pertanggungjawabannya.
Kita terima, percaya dan pegang seteguh2nya sahaja.
Wilayah usaha dan ikhtiar kita pula
hendaklah segigih2nya
kerana yang itu pasti akan ditanya
dan diminta pertanggungjawabannya. (4)
Semoga jalan pulang kita
berarah ke hadapan
dan "tempat berhenti" kita
sehampir mungkin
dengan-Nya
al-Faqir Abu Zulfiqar al-Amsyari
16/4/22
(1) Tafsir Mimpi Panjang https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/12/tafsir-mimpi-panjang.html
(2) R4S :
R - Rasulullah SAW
4 - Empat orang sahabat paling utama
S - Sahabat2 utama yan lain
(3) Berapa Jauh Perjalanan Menuju Allah? http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/12/berapa-jauh-perjalanan-menuju-allah.html
(4) Firman-Nya Azza wa Jalla : "Dia (Allah) tidak dipersoal tentang apa yang dilakukan-Nya, tetapi merekalah (manusia dan jin) yang akan dipersoal (tentang apa yang mereka telah lakukan)." (Al-Anbiya' : 23)
*Yang di dalam tanda "............" merupakan bahasa dalam atau bahasa halus bagi kaum sufi, yang tidak boleh sama sekali difahami dengan maksud bahasa sehari2.
No comments:
Post a Comment