Wednesday, April 27, 2022

Temu Ghazaliyah - Update 3

 

UPDATE 3 - Sekiranya kami sudah berjaya MENETAPKAN/MEMUKTAMADKAN tarikh dan lokasi/bandar, bagi yang berhajat untuk bertemu di sana bolehlah berhubung dengan saya melalui FB ini dll. Untuk melancarkan urusan, kita bahagikan tetamu kepada 3 kategori. Nanti tuan2 sila maklumkan yang tuan2 berada dalam kategori yang mana satu.


KATEGORI A : DATANG UNTUK MENDENGAR PENERANGAN

  • Bercadang untuk hadir mendengar penerangan tentang Tarekat Ghazaliyah.

  • Bagi yang berminat, selepas itu bolehlah mengambil Tarekat Ghazaliyah.

  • Jika tidak berminat (sekadar mahu mendengar penerangan sahaja), tidak mengapa, boleh sahaja.

  • Semua penerangan dan pelajaran Tarekat Ghazaliyah adalah PERCUMA.

  • Jamuan ringan juga PERCUMA.

  • Pendek kata, hanya maklumat tentang Tarekat Ghazaliyah yang akan disentuh. Hal2 lain berkaitan akidah dan tasawuf TIDAK AKAN DISENTUH.

  • Ilmu yang tinggi2 juga TIDAK AKAN DISENTUH kerana kita tidak mengetahui akan pencapaian tetamu. (Jika tetamu itu memang sudah berada dalam tarbiah kita, dapatlah kita memaklumi kemampuan dan kelayakannya. Tetapi yang datang ini bukan yang di bawah tarbiah kiat selama hari ini. Maka kita tak tahu sejauh mana pencapaian sebenarnya)

  • Khusus untuk mendengar penerangan tentang Tarekat Ghazaliyah DAN bual2 mesra SAHAJA.


KATEGORI B : DATANG SEKADAR BERZIARAH/BERKENALAN/ZIARAH RAYA (BAGI TETAMU YANG BUKAN PENGAMAL TAREKAT GHAZALIYAH SEDIA ADA)

Bercadang hadir untuk berziarah sahaja yakni untuk kenal-kenal, sembang-sembang, makan-makan, minum-minum, dan rehat-rehat sahaja. Hal ehwal tasawuf, aqidah, sufi, Tarekat Ghazaliyah dan yang seumpama dengannya tidak akan disentuh dalam pertemuan ini. Hanya sembang2 biasa sahaja.


KATEGORI C : ZIARAH BIASA/ZIARAH RAYA/ZIARAH ILMU (BAGI TETAMU YANG MEMANG PENGAMAL TAREKAT GHAZALIYAH SEDIA ADA)

Bolehlah menambah ilmu dan pemahaman lebih lanjut tentang Tarekat Ghazaliyah. Pelajaran/pengisian akan diberikan mengikut tahap pengetahuan, pemahaman dan pencapaian tetamu yang datang.


Contohnya jika tetamu datang bertiga - seorang Darjah 5, seorang Tingkatan 3 dan seorang lagi Tingkatan 5, maka pengisian akan dibuat mengikut yang paling rendah iaitu yang bersesuaian dengan Darjah 5.


(*Pastikan anda sudah membaca update2 sebelum ini agar tidak tersalah pemahaman)


TINDAKAN


Jadi apabila kami sudah SAHKAN tarikh dan lokasi (bandar), tuan2 yang berhasrat untuk bertemu di lokasi tersebut silalah maklumkan kepada kami dengan segera. Jumlah tetamu sangat terhad. Maka kami terpaksa mendahulukan orang2 yang lebih dahulu.


Oleh kerana kita tidak punya pengetahuan tentang hal-hal yang akan terjadi pada hari-hari mendatang, pembatalan dan pertukaran tidak mustahil berlaku pada saat-saat akhir walaupun setelah kita SAHKAN/MUKATAMADKAN. Insya-Allah kita akan berusaha sebaik mungkin, Allah yang menentukan jaya atau tidaknya.


Doa2kan.


27/4/22


Penulisan2 sebelum ini :


PENGUMUMAN AWAL : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-pengumuman-awal.html


UPDATE 1 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-1.html


UPDATE 2 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3.html



No comments: