Nasihat sahaya kepada seorang teman (dan tentunya untuk diri sahaya sendiri yang utamanya) pada 10 April 2022 yang lalu :
Memanglah, buat usaha dan kerja apa pun akan ada pengorbanannya. Tidak sedikit juga pengorbanannya. Kita bersedia dan lalui sahajalah. Tapi itulah, apalah sangat setakat hendak korbankan sebahagian daripada masa dan aktiviti hidup di dunia yang sekejap sahaja ini. Biar berkorban dunia yang sekejap tapi dapat kecap nikmat di sana nanti.
Apalah ertinya banyak berehat di dunia dan banyak bersibuk2 dalam urusan2 selain agama, tetapi di sana pula kita kena jadi korban. Tak mahulah macam tu. Di sana esok kita berehatlah puas2. Sementara masih hidup inilah kita hendak berjuang dan berkorban pun. Di sana esok tak ada peluang dah hendak berjuang dan berkorban. Hendak berberat2 kepala pun masa hidup inilah. Tak mahulah kita hendak berberat2 kepala di sana pula nanti. Biar berat di sini, jangan berat di sana.
Semangat seperti inilah yang boleh membuatkan kita yang tidak berapa kuat ini tidaklah berasa rugi korbankan masa hidup, zaman muda, tenaga, wang harta dan lain2 selama ini. Jika mahu diikutkan, kita pun hendaklah juga merasa itu dan ini macam orang2 lain. Tetapi... kita kena korbankanlah juga, dengan harapan di sana nanti kita dapatlah lebih sedikit yang baik-baik itu.
Kita hendak top-up apa2 pun, sementara masih hidup di dunia ini sahaja. Selepas keluar nyawa, tidak boleh hendak top-up apa2 dah (*nak tunggu usia lebih tua, waktu itu kita mungkin sudah kurang bertenaga dan sudah lemah minda). Dah masuk ke dalam kubur nanti pun tidak boleh top up dah. Jadi sementara ada masa hidup yang tidak berapa tahun lagi ini, kita kena pilih jalan susah lebih dahulu supaya dapatlah jalan mudah di sana nanti. Mudah-mudahan Allah izinkan. Engkau doakanlah aku ini agar dapat istiqamah sampailah ke hujung nyawa.
10/4/22
No comments:
Post a Comment