Apabila engkau berpegang kepada
tongkat yang jelas dan teguh,
insya-Allah hatimu tenteram,
tidak goyang, sukar digugat oleh lawan,
dapat memberi keyakinan pula
kepada orang2 lain.
Kawanan serigala yang sentiasa cuba
untuk menerobos masuk
ke kawasan perkhemahan kabilahmu
tetap sahaja gagal
kerana pagarmu teguh bahan dan binaannya
lagi tiada lubang untuk ditembus.
Berpegang kepada
benda yang tidak jelas,
entah teguh entah tidak -
hatimu kadang2 tenteram,
kadang2 kurang tenteram,
kadang2 tidak tenteram.
Apabila ditiup angin kuat,
engkau mula berasa goyang,
mula berasa tergugat,
dapat merasakan yang
keyakinan orang2 lain pun
semakin menurun.
Pagar perkhemahan kabilahmu
akan sering sahaja ditembusi serigala
kerana banyaknya lubang2
dan kayu2 pagar yang rapuh.
15/4/22
No comments:
Post a Comment