Yang jurulatih mursyid nilai layak angkat 500 lbs, diberinyalah barbell lebih kurang 500 lbs kepada muridnya sebagai matlamat dan latihan.
Zalimlah si jurulatih jika diberinya beratan 700 lbs atau had ringanan 300 lbs sahaja dalam latihan.
Masalahnya kadang2 ada murid yang layak untuk 500 lbs tetapi :
a) mahu berlatih dengan bebanan 700 lbs kerana disangkakan dirinya sudah layak untuk itu. Akhirnya rosak binasa diri. Hal sebegini yang selalu berlaku.
b) mahu berlatih dengan ringanan 300 lbs sahaja kerana malas hendak memajukan diri atau berasa had itu sudah hebat bagi dirinya. Akhirnya duduk pada level 300 lbs itu sahajalah sampai bila-bila pun. Hal yang sebegini juga selalu berlaku.
Yang dinilai layak angkat 400 lbs, diberinyalah barbell lebih kurang 400 lbs.
Zalim si jurulatih jika diberinya beratan 600 lbs atau had ringanan 200 lbs sahaja dalam latihan.
Masalahnya kadang2 ada murid yang layak untuk 400 lbs tetapi :
a) mahu berlatih dengan bebanan 600 lbs kerana disangkakan dirinya sudah layak untuk itu. Akhirnya rosak binasa diri. Hal sebegini yang selalu berlaku.
b) mahu berlatih dengan ringanan 200 lbs sahaja kerana malas hendak memajukan diri atau berasa had itu sudah hebat bagi dirinya. Akhirnya duduk pada level 300 lbs itu sahajalah sampai bila-bila pun. Hal yang sebegini juga selalu berlaku.
Biasanya si mursyid tahu "di mana duduk/berdiri/berjalan" murid-muridnya tetapi murid-murid tidak tahu "di mana duduk/berdiri/berjalan" mursyidnya.
Au Zulfiqar al-Amsyari
3/4/22
(berdasarkan halaqah usrah 31 Mac 2022)
No comments:
Post a Comment