Saturday, April 23, 2022

Tafsir Mimpi Ramadhan Lagi

 

PERTANYAAN : Macam ni tuan. Dua malam lepas (*lagi mimpi Ramadhan 2022) saya bermimpi.... saya berdiri melihat barang2 dalam sebuah bilik dengan asyik. Tiba2 datang adik saya. Dia berdiri di sebelah saya. Tiba2 sebelah tangannya diletakkan di bahagian punggung saya. Saya terkejut. Kemudian adik saya berkata, "Ini tinggi stress ni." Kemudian berakhir le mimpi tu. Mungkin ke ada maksud mimpi ni?


JAWAPAN : Mimpi itu bermaksud tuan sedang melalui beberapa atau banyak kesulitan. Sudah agak lama tuan menghadapinya. Namun begitu tuan melaluinya dengan tenang-tenang sahaja, seolah2 tidak ada apa-apa yang berlaku.


Baru-baru ini adik tuan itu baru mendapat tahu akan kesulitan2 yang tuan alami. Sebelum ini dia tidak menjangka tuan menanggung kesulitan2 sampai ke tahap itu. Oleh sebab itu dia merasakan yang tuan sedang mengalami tekanan yang kuat dan dia bersimpati. Padahal tuan ok sahaja walaupun kesulitan2 itu berat juga. Wallahualam.


Abu Zulfiqar

23/4/22


Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: