Thursday, April 14, 2022

Apa yang Ditanam Itulah yang Dituai

Tahun lepas diri menanam,

tahun ini diri kan menuai.

Walau diri tak mahu menuai pun,

hasilnya tetap akan keluar juga.

Apa yang ditanam,

itulah yang terhasil keluar.


Jika benihnya baik-baik,

hasilnya pun baik-baik.

Jika benihnya tidak baik,

hasilnya pun tidak baiklah.

Jika benihnya bercampur

yang baik2 dan yang tidak baik,

hasilnya pun begitu jugalah.


Semoga semua petani pun

mendapat yang baik2 belaka.


14/4/22

No comments: