Saturday, April 16, 2022

Jangan Harapkan Orang Lain Sahaja

 

Janganlah mengharapkan orang lain sahaja

dan jangan serahkan kepada orang lain sahaja

untuk mempertahankan tembok kota

sedangkan engkau sendiri

masih berfikiran

mahu mempertahan dinding rumahmu sahaja.


Hal ini kerana

jika tembus atau runtuh tembok kota,

dinding2 rumahmu pun

sudah tidak ada gunanya lagi,

melainkan akan dirempuh hancur juga.


Sertailah para pejuang di barisan hadapan

jika engkau ada keberanian

lagi sanggup berkorban.

Sekiranya engkau tidak mampu,

bantulah mereka dengan apa jua cara

dengan bersungguh-sungguh -

yang juga perlukan pengorbanan.

Engkau pertahankan mereka di barisan hadapan,

insya-Allah dinding rumahmu

dan seluruh isi di dalamnya juga

akan terpertahan sekali.


Jauh dan panjang lagi perjuangan ini.

Musuh2 yang sedang menyerang

bak ombak laut itu

baru ombak lapis pertama.

Ada berlapis2 lagi yang bakal tiba

diikuti dengan satu tsunami mega.

Jika dengan tsunami2 biasa pun

kita sudah tumbang,

bagaimana kita mahu menghadapi

tsunami mega dengan jaya?


Wilayah kerja-Nya

jangan sesekali kita bersibuk2.

Cukup dengan tahu, terima dan imaninya.

Wilayah usaha dan ikhtiar kitalah

yang pasti akan ditanya

dan diminta pertanggungjawabannya.

Maka di situlah kita wajib bersibuk2.

 

Sebagaimana "keadaannya" R4S


16/4/22


No comments: