Sejak tahun lepas, saya kembali aktif melakukan rawatan Islam/nabawi (atau apa jua nama yang semakna dengannya) pada hari2 cuti umum yang panjang dan musim2 cuti sekolah setelah secara umumnya sudah lama berhenti merawat sejak 2012. Tak sampai rasanya hati melihat umat ditimpa masalah2 kesihatan dalam setahun dua ini. Tetapi hal itu membuatkan urusan2 khusus agama yang lain terganggu, terbatal, atau tertangguh. Jika jadi pun, "tak sempurna" kata orang.
Oleh sebab itu, mulai cuti raya kali ini dan seterusnya, saya tidak bercadang untuk merawat lagi. Saya mahu kembali menumpukan kepada kerja2 agama yang lain khususnya yang berkaitan dengan tungku ad-diin ke3 dan ke-4 dalam hadith Jibril iaitu tungku ihsan dan tungku as-sa'ah.
Untuk merawat, biasanya dua minggu sebelum musim cuti itu saya kena buat persediaan khusus dan amal2 berkaitan. Persediaan kena dibuat kerana saya tidak merawat setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan sebagaimana kebanyakan muallij melainkan hanya sesekali pada musim cuti. Jika kita tidak buat persediaan yang mencukupi lalu tiba2 hendak merawat, mencari nahas untuk diri sendiri namanya tu.
Jadi, saya tak menawarkan rawatan lagi. Saya akan tumpu kepada urusan2 agama yang lain yang sudah begitu banyak tertinggal.
29/4/22
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment