Friday, April 22, 2022

Perancangan Temujanji Urusan2 Tariqah Ghazaliyah

 

Sesuatu yang sangat menyentuh hati adalah apabila saya tidak dapat memenuhi hajat hamba2 Allah yang mahu bertemu untuk urusan2 Tariqah Ghazaliyah. Saya memang tidak dapat hendak mencari ruang masa untuk berbuat demikian dalam tempoh terdekat. Sekiranya berlaku pertemuan pun, layanan daripada pihak kami kepada tetamu pun jadi agak longgar. Oleh sebab itu saya bercadang untuk berusaha melapangkan sekurang2nya satu hari (dua hari satu malam) dalam sebulan untuk sesi bersemuka KHUSUSNYA kepada hamba2 Allah yang berminat untuk mengambil dan mengamalkan Tariqah Ghazaliyah ini. Jika tidak dirancang sedemikian, entah bilalah masanya akan dapat bersemuka.


Biasanya program2 agama/dakwah kami (pengajian2, halaqah2 usrah, kuliah2 khusus secara bersemuka atau atas talian) untuk tiga bulan terkini sudah penuh. Sangat sukar untuk kami batalkan sebarang program kerana individu2 yang terlibat sudah memakluminya sejak tiga bulan yang lalu. Kita faham perasaan orang2 yang sudah menunggu sebegitu lama.


Insya-Allah pada/selepas bulan Jun nanti kami akan berusaha untuk mencari hari yang sesuai sekurang2nya dua hari satu malam pada setiap bulan, khusus untuk pengajaran dan pembelajaran Tariqah Ghazaliyah secara bersemuka. Mungkin cukup untuk tiga sesi tetamu. Jadilah, daripada tidak ada langsung.


Sebagai PERANCANGAN PERINGKAT AWAL, kami bercadang untuk berada di 12 lokasi di serata Tanah Melayu ini. Jika sebulan satu lokasi, insya-Allah setahun habislah seluruh negeri.


Antara lokasi yang mungkin -

  1. Kangar (Perlis)

  2. Sg. Petani (Kedah)

  3. Butterworth/Bayan Lepas (P. Pinang)

  4. Taiping/Trong (Perak)

  5. Ipoh (Perak)

  6. Bangi/Putra Jaya (Selangor/Wilayah Persekutuan)

  7. Seremban (Negeri Sembilan)

  8. Muar (Johor)

  9. Temerloh/Jerantut (Pahang)

  10. Pekan (Pahang)

  11. Kuala Terengganu (Terengganu)

  12. Kota Bharu/Bachok (Kelantan)


Apabila pihak kami sudah menyatakan tarikhnya di page FB Tarekat Ghazaliyah dan page FB Abu Zulfiqar al-Amsyari, sesiapa yang berminat bolehlah buat temujanji sesegera mungkin memandangkan jumlah pertemuan sangat terhad. Seperti biasa, semua pelajaran Tariqah Ghazaliyah adalah percuma.



Semoga perancangan menjadi kenyataan.


22/4/22


No comments: