Thursday, April 7, 2022

Bagaimana Boleh Selalu Update Status?

 

Pertanyaan : Ustaz sentiasa update status FB. Camne bahagi masa?


Jawapan : Tak lah sentiasa, cuma selalu. Hampir setiap jam kecuali selepas tengah malam. Sebab... ada dua orang pembantu sambilan sukarela tidak sepenuh masa. Saya seorang manalah mampu sebegini, seolah2 "sentiasa" sahaja ada di FB. Merekalah yang aktif baca, cnp, share, like dsb. Tapi saya dah hadkan paling banyak sejam satu posting.


Sebenarnya saya banyak menulis di page FB Abu Zulfiqar al-Amsyari dan di blog Debunga Teratai Syurgawi sahaja. Dari dua tempat inilah mereka akan cnp atau share posting2 asli ke wall dan page berkaitan saya yang lain. Mereka dah tahu untuk banyak membaca yang mana, milik siapa, nak kongsi yang mana dll. Jika ada kelapangan baru saya round2 baca posting2. Kalau mereka ni tak ada atau sibuk ke lain, sunyi sepi balik le FB-FB dan group2 FB saya.


Banyak orang mesti sangka saya banyak membaca di FB, padahal di FB ni saya banyak menulis tapi kurang membaca. Saya banyak membaca di tempat lain. Hanya ada beberapa akuan FB tertentu yang jika ada kelapangan saya akan terus ke sana untuk mencari maklumat. Jika dapat, memanglah nak baca semua yang ada tapi tak sempat kecuali pada waktu2 yang benar2 kelapangan.


3/4/22

No comments: