Saturday, April 30, 2022

Helah Kuno Tapi Masih Berkesan

 

Sebelum subuh, diam-diam dia lepaskan 100 ekor kuda kita dari kandang dan mengumpannya ke lokasi rahsia. Tetapi habis orang solat subuh, dialah yang pertama meneriakkan bahawa kuda-kuda sudah hilang. Dialah jua yang paling gigih mencari, seolah-olah sanggup berkorban apa sahaja untuk membantu. Dengan kebijaksanannya (sebenarnya dengan perancangannya sedari awal), kita dapatlah semula 10 ekor kuda kita, lalu dia pun dipandang sebagai hero atau dewa penyelamat.


Padahal... matlamatnya untuk mencuri 90 ekor lagi sudah pun tercapai, tanpa sesiapa pun meraguinya.


Ini taktik yang sangat kuno tapi masih berkesan sehingga ke hari ini.


27/4/22

No comments: