Sunday, April 24, 2022

Ibu Bapa Dapat Saham Perilaku Anak2?

 

PERTANYAAN : Kata ulama, apabila matinya seorang manusia itu, amal baik anak2nya akan mengalir pahala kepadanya. Begitu juga sebaliknya. Mohon pencerahan.


PENJELASAN :

MUNGKIN SEKALI maksud ulama itu begini :


1. Ibu bapa yang sudah meninggal dunia, mereka tetap akan dapat saham juga sedikit-sebanyak daipada perbuatan2 baik anak2 mereka kerana disebabkan merekalah anak2 itu dilahirkan, membesar, sihat, dapat makan minum, dapat kasih sayang, dapat pendidikan dan seterusnya mampu buat kebaikan pula.


2. Sebaliknya, jika anak-anak itu buat kejahatan pula, saham jahat itu tidak dapat kepada ibu bapa mereka. Tetapi saham2 jahat tertentu BOLEH terkena kepada ibu bapa atas sebab2 tertentu seperti :

a) Ibu bapa itu yang mengajar si anak buat kejahatan2 itu.

b) Ibu bapa itu sengaja cuai atau sengaja tidak bertanggungjawab, lalu kemudiannya si anak jadi jahat.


15/4/22

No comments: