Saturday, April 30, 2022

Terpedaya dengan Satu Lagi Helah Kuno

 

Apabila kita mendalami serba sedikit ilmu sejarah, tentu kita faham beberapa taktik atau helah pihak2 penjajah dalam menjayakan sesuatu matlamat mereka. Di sini kita suka untuk mengkongsikan salah satu helah yang sangat masyhur lagi berkesan dan masih relevan sehinggalah ke hari ini.


Apabila para penjajah hendak melaksanakan sesuatu yang berisiko mendapat tentangan daripada sesuatu masyarakat itu, mereka akan menghantar elemen2 yang terpandang sebagai buruk DAN elemen2 yang terpandang sebagai baik juga. Namun kedua-dua elemen itu tetap mempunyai matlamat akhir yang sama. Sekalipun di atas pentas mereka kelihatan berperang sangat hebat antara satu sama lain, tetapi sebenarnya di belakang pentas mereka berpelukan mesra kerana sememangnya mereka berada dalam kumpulan yang sama. Matlamat akhir mereka hanyalah untuk menguasai minda para penonton agar terlorong ke lorong yang mereka kehendaki.


Sekadar contoh mudah - apabila British mahu melaksanakan sesuatu ketetapan yang dilihat bakal mewujudkan penentangan daripada sesuatu masyarakat.


1. PERANAN PEGAWAI2 JENIS PERTAMA (Elemen2 yang terpandang sebagai NEGATIF)


British akan menghantar pegawai2 mereka untuk memujuk, mendesak dan mengugut pemerintah tempatan agar rancangan mereka diterima dan dilaksanakan. Biasanya para pemerintah tidak berjaya menolak melainkan sebahagiannya hanya dapat menangguhkan sedikit masa sahaja sebelum mempersetujuinya. Pegawai2 jenis ini terpandang sebagai jahat dan zalim pada masyarakat.


2. PERANAN PEGAWAI2 JENIS KEDUA (Elemen2 yang terpandang sebagai POSITIF)


Selain itu, Bristish juga akan menghantar pegawai2 mereka (terutamanya pegawai2 yang pernah berkhidmat di kawasan tersebut). Pegawai2 jenis ini datang dengan nada yang sebaliknya iaitu mereka akan menyebelahi masyarakat. Mereka akan mencanangkan ketidaksetujuan mereka, mengajak rakyat menolak beramai2, buat usul, hantar usul ke sana sini, buat penulisan di sana sini, buat perhimpunan aman dan sebagainya. Bahkan mereka memperlihatkan kepada umum akan pertentangan dan permusuhan mereka dengan pegawai2 jenis pertama tadi. Berseteru sungguh mereka nampaknya (padahal di belakag tirai mereka tertawa bersama2 sambil bertepuk bertampar mengenangkan lakonan mereka yang begitu real hinggakan memukau masyarakat).


Pegawai2 jenis kedua ini dilihat sangat bijak mengatur strategi sehinggakan masyarakat tempatan terpesona, sangat menyokong, menghargai lagi menyanjung tinggi pengawai2 jenis ini. Mereka terpandang sebagai sangat baik dan sangat memahami, seakan2 dewa.


Namun hakikatnya, pegawai2 jenis kedua ini menjalankan tugas2 mereka agar kerja2 pegawai2 jenis pertama berjaya mencapai matlamat. Mereka hanya kena menaikkan semangat masyarakat itu untuk menentang tetapi jangan sampai melebihi had tertentu yang memungkinkan gagalnya kerja2 pegawai2 jenis pertama tadi. Sekiranya masyarakat bangun menentang dengan sendiri dan bangun menentang dengan tidak mengikut acuan British, ada kemungkinan usaha2 British itu akan gagal. Tetapi jika masyarakat bangun menentang dengan bantuan pihak British juga dan bangun menentang mengikut jalan yang disediakan oleh British, maka pada hujungnya segala matlamat British akan tercapai.


Ini juga salah satu helak kuno yang masih sangat berkesan sehinggalah ke hari ini.


29/4/22


No comments: