Dalam buku kedua Terbit Yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah ada dinyatakan 12 tips untuk cepat maju apabila bertarekat Ghazaliyah. Baru-baru ini datang pula persoalan yang sebaliknya. Maka sukalah hati kami untuk menyatakan 12 punca (daripada sekian banyak punca) seseorang itu lambat maju dalam bertarekat Ghazaliyah ini pula.
1. Hatinya tidak ikhlas atau kurang ikhlas. Maka lambatlah jadinya.
2. Suka merasakan diri tinggi, merasakan diri ada ketinggian, atau suka meninggi diri.
3. Ada taksub kepada sesuatu atau kepada orang2 tertentu.
4. Tidak istiqamah mengamalkan lafaz Zikir Harian Tarekat Ghazaliyah dan 10 Bacaan Harian Tarekat Ghazaliyah.
5. Tidak berusaha untuk mengikuti pengajian-pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin dan kurang mahu melazimi kitab Ihya' sebagai teman. Kita Ihya' ini merupakan "pakaian diri" para pengamal Tarekat Ghazaliyah.
6. Kurang berdoa memohon Allah majukan diri dalam Tarekat Ghazaliyah. Juga kurang berdoa memohon Allah majukan Tarekat Ghazaliyah. Jika "jalan"nya sendiri tidak maju, maka kita yang "di jalan" itu pun susahlah untuk maju.
7. Mudah terpesona dengan yang pelik-pelik, yang luar biasa, yang mencarik adat, yang wow, dan yang seumpama dengannya.
8. Selalu hendak cepat dalam pelajaran dan pengamalan. Asyik mahukan itu ini yang tinggi2 yang dirinya belum lagi layak untuk itu.
9. Suka menggunakan sandaran2 yang tidak kukuh walaupun dalam hal-hal yang penting.
10. Kurang mahu mengikut panduan-panduan guru. Memang akan lambatlah.
11.
Kurang berhubung dengan guru, para muallim dan ikhwan Tarekat
Ghazaliyah. Juga kurang melakukan rabitah.
12. Mudah terpesona dan teruja dengan kehebatan-kehebatan.
Inilah antara faktor lambatnya kemajuan diri seseorang itu dalam bertarekat Ghazaliyah. Sekiranya hal-hal ini dapat dinyahkan, insya-Allah akan laju berdesup melebihi kelajuan cahaya dan kelajuan kegelapan.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
24/4/22
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment