Umumnya, jika kera2 masuk ke dalam rumah, uruskan kera2nya dahulu sebagai keutamaan. Keluarkan ia. Jangan terbalik pula dengan menguruskan susunan barang2 dalam rumah dan memperbaiki apa2 yang rosak sebagai keutamaan. Jika terbalik keutamaannya, susunlah macam mana pun, akan berselerak semula. Bahkan dari semasa ke semasa, kita akan semakin kelelahan dan dalaman rumah pula akan semakin berselerak serta bertambah barang2 yang rosak. Sekiranya tidak dapat keluarkan kera, lemahkan ia. Hadkan pergerakannya. Contohnya, halau atau umpan lalu kurung dalam satu bilik sahaja. Maka, kerosakan dan keberselerakan akan terhenti. Ketika itulah baru sesuai untuk kita susun atur semula atau perbaiki mana2 bahagian yang rosak.
September 2024
No comments:
Post a Comment