Sunday, September 29, 2024

Akhlak dan Latihan Qalbu

 

Dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Latihan Qalbu, Imam al-Ghazali menulis :


Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya aku dihantar untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Ahmad, Baihaqi)


Rasulullah saw bersabda : “Yang paling berat daripada apa yang dilatakkan dalam timbangan pada Hari Qiamah ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” (Abu Dawud, Turmizi)


Orang bertanya kepada Rasulullah saw : “Ya Rasulullah! Mu’min manakah yang paling utama imannya?” Rasulullah saw menajwab : “Yang terbaik akhlaknya.” (Abu Dawud, Turmizi)


Rasulullah saw membaca dalam doanya : “Allahumma! Engkau telah membaguskan kejadianku, maka baguskanlah budi pekertiku.” (Ahmad)


Anas bin Malik berkata : “Bahawa seseorang itu akan sampai ke tingkat yang tertinggi dalam jannah disebabkan kebagusan akhlaknya walaupun ia tidak banyak ibadahnya. Dan akan sampai ke tingkat paling rendah dalam naar jahannam disebebkan keburukan akhlaknya walaupun ia banyak ibadahnya.”


Abu Bakr al-Kattani berkata : “Tasawuf itu suatu akhlak. Sesiapa yang melebihi engkau dari segi akhlak, nescaya ia lebih juga daripada engkau dari segi tasawuf.”

No comments: