Saturday, September 14, 2024

Adab2 Sebelum dan Selepas Bercerai

 

Dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ada dicontohkan lebih kurang begini :

1. Sewaktu rumahtangga bermasalah atau dalam proses hendak bercerai, jika ditanya oleh orang ramai tentang hal ehwal dalaman atau aib pasangan kita ketika itu, jawab sahaja : “Kita tidak dibenarkan bercerita tentang hal ehwal dalaman atau aib PASANGAN KITA kepada orang.” Insya-Allah akan banyaklah mulut dan pintu fitnah yang tertutup.

2. Setelah bercerai, jika ditanya juga oleh orang ramai tentang bekas pasangan itu (yang sudah jadi orang lain kepada kita), jawab sahaja : “Kita tidak dibenarkan bercerita tentang hal ehwal dalaman atau aib ORANG LAIN kepada orang.” Insya-Allah akan banyaklah mulut dan pintu fitnah tertutup.


Insya-Allah banyak manfaatnya. Begitulah UMUMNYA. Sebelum, semasa atau sesudah, janganlah kita yang menjadi orang yang membukanya kepada orang RAMAI.


* Jika kepada qadhi, wakilnya atau orang2 yang layak menurut peraturan agama untuk diminta pandangan, nasihat atau dibuat aduan, dalam hal2 tertentu itu tidaklah mengapa.


14/9/24

No comments: