Jika ada berasa kurang jelas setelah mendengar atau menonton
pengajian kitab Ihya’ 'Ulumuddin sejak 2011 sampailah sekarang
2024, ulang2lah mendengarnya. (Ertinya kuliah yang pernah dihadiri
atau ditonton suatu ketika dahulu, sekurang2nya ulanglah sekali lagi
hari ini).
Sebenarnya setiap kuliah kitab Ihya’ ini,
saya sendiri seolah2 melaluinya sebanyak 4 kali.
1. Sekali masa
guru mursyid saya ajarkan kepada saya dulu.
2. Sekali masa saya
study untuk mensyarahkannya.
3. Sekali masa saya
mensyarahkannya.
4. Sekali masa saya semak (tonton/dengar)
semula sebelum upload atau selepas upload.
Jadi, seolah2
sekurang2nya saya lalui setiap kuliah sebanyak 4 kali. Maka susahlah
nak sama dapatannya dengan tuan2 yang hanya melaluinya sekali sahaja.
(Sebab itulah kadang2 kita terasa macam tak dapat apa2 sangat dengan
kuliah2 terdahulu. Tapi setelah diulang siri2nya buat kedua kali,
baru terperasan ada banyak benda, cuma dulu2 kawah tadahan ilmu di
hati kita itu kecil. Sekarang kawah tadahannya sudah besar. Maka
banyaklah yang masuk)
- petikan Pengajian Kitab Induk
Ihya' 'Ulumuddin kali ke-286 pada 12/9/24
No comments:
Post a Comment