Persoalan : (Penanya terjumpa satu penulisan di internet yang berbunyi : “Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali mengatakan zikir dengan kalimah tauhid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut martabat atau maqam masing2. Pertama, zikir dengan nafi dan ithbat iaitu “Laa Ilahaillallah”. Kemudian nafi tanpa ithbat iaitu zikir dengan nama “Allah”. Seterusnya isyarat dengan dhamir atau kata ganti nama “Hu”. Yang pertama bertujuan untuk memberi kesedaran dan keluar daripada kelalaian. Kedua untuk memperkukuhkan kehadiran. Dan ketiga sebagai sebab untuk keluar daripada apa yang selain-Nya.”
Kata penanya : “Saya tak jumpa pula kat mana yang Imam al-Ghazali cakap macam ni. Mungkin tuan ada jumpa... boleh share dengan saya.
Jawapannya :
1. Saya tak pernah jumpa hal di atas yang bersumberkan penulisan2 Imam al-Ghazali (mungkin ada dan mungkin tak ada, tapi belum pernah terjumpa). Tuan Guru Muhammad Salleh (mursyid Tarekat Ghazaliyah) pun tak pernah cerita. Tapi kalau perkongsian2 di internet yang ISINYA LEBIH KURANG macam pernyataan tu, memang ada. Sejak penghujung 2000-an dulu ada dah. Sesekali melintas di medsos (sampailah sekarang).
2. SUMBER kata2/ajaran Imam al-Ghazali di atas itu tidak dinyatakan. Maka susah dan tidak dapat untuk kita buat semakan sama ada benar atau tidak.
3. Biasanya sebaran2 yang macam ini digunakan untuk membantu menguatkan alasan2 golongan yang mengamalkan LAFAZ ZIKRULLAH “HU. HU.HU.” yang dilakukan secara BERAMAI2 dengan SUARA YANG KUAT. Biasanya selang beberapa tahun akan keluar balik tulisan2 sedemikian.
4. Dalam Tarekat Ghazaliyah tidak ada pelajaran dan pengamalan LAFAZ ZIKRULLAH “HU. HU.HU.” yang dilakukan secara BERAMAI2 dengan SUARA YANG KUAT. Seboleh-bolehnya elakkan (antara tujuan utamanya adalah supaya keaslian Tarekat Ghazaliyah ini dapat dikekalkan).
5. Amalan di atas dilakukan secara berseorangan dengan suara yang perlahan pun tak ada dalam Tarekat Ghazaliyah. Namun hukum mengamalkannya adalah HARUS (BOLEH). Alasan atas harusnya (bolehnya) perbuatan ini agak panjang untuk dituliskan di sini. Mungkin pada lain kesempatan akan saya terangkan.
6. Pelajaran Tarekat Ghazaliyah memang ada dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, tapi bukan semua isi kandungan Ihya’ adalah pelajaran atau anjuran Tarekat Ghazaliyah. Pelajaran Tarekat Ghazaliyah memang ada dalam karangan2 Imam al-Ghazali, tapi bukan semua karya2 Imam al-Ghazali itu adalah isi kandungan pelajaran Tarekat Ghazaliyah.
7. Maklumat yang ada banyak jugalah persamaan dengan bahan yang tersebar itu ada dalam karangan adiknya iaitu Imam Ahmad al-Ghazali yang bertajuk Tajrid fi Kalimat al-Tauhid. Tapi ada pula beberapa hal yang perlu kita pertimbangkan. Antaranya :
i) Karya2 Ahmad al-Ghazali tidak seautoriti karya2 Imam al-Ghazali. Kerana kitab2 utama Imam al-Ghazali sejak zaman itu banyak disalin, dijilidkan dan disebar ke serata dunia Islam. Maka isi kandungan karya2 utamanya masih kekal asli. (Tapi kitab2 kecil Imam al-Ghazali pun sebahagiannya sudah ada campurtangan orang lain).
Sementara karya2 Imam Ahmad al-Ghazali pula jarang disalin dan disebarkan. Kitab2nya kurang popular dan lebih berlegar di sekitar wilayah Parsi sahaja. Maka tidak dapat dipastikan sejauhmana keaslian karya2 Imam Ahmad al-Ghazali. Oleh sebab itu, umat kena lebih berhati2 apabila membaca karya2 Imam Ahmad al-Ghazali.
ii) Amalan melafazkan zikrullah “Hu” dalam kitabnya itu bukan untuk dilakukan secara beramai2 dengan suara yang kuat. Umumnya dalam Tarekat Ghazaliyah tidak ada majlis melafazkan lafaz2 zikrullah secara beramai2 dengan suara yang kuat. Maka Imam Ahmad pun tentulah tidak berbuat demikian atau menyarankan sedemikian.
iii) Kitab Tajrid itu (setakat ini) sahaya tidak tahu bila tahun dikarang oleh Imam Ahmad. Adakah ia sebelum kepulangan Imam al-Ghazali daripada uzlah (dengan membawa kitab Ihya’ dan Tarekat Ghazaliyah), atau selepas kembali dari uzlah (dengan membawa kitab Ihya’ dan Tarekat Ghazaliyah). Selepas Imam al-Ghazali pulang, Imam Ahmad biasanya membawa kitab Ihya’ dan mensyarahkannya ke serata Parsi. Hinggakan beliau menulis ringkasan kitab Ihya’. Ketika itu dia sudah kurang mengajarkan kitab2 lain.
iv) Isi kandungan kitab Tajrid itu pada bahagian tertentu agak pelik dan lemah isi kandungannya. (Bahagian ini panjang cerita. Pada kesempatan lain baru kita cerita, insya-Allah).
Wallahu’alam.
28/4/24
No comments:
Post a Comment