Sunday, September 29, 2024

Istilah Qalbu atau Hati?

 

Persoalan : Anda ada guna istilah “jantung hati”. Kenapa ye? Adakah nak tunjukkan jantung pada zahirnya sebab maksud qalbu tu jantung. Dan qalbu yang halus (hati) tersiratnya...?


Jawapannya :

Hal ini selalu saya ulang penjelasannya sepanjang pengajian kitab Ihya’ dulu, sebab selalu kita sentuh tentang qalbu. Maka penjelasannya :


1. Saya guna istilah jantung hati itu supaya tidak disalahfaham oleh orang2 Melayu, dan untuk menepatkan lagi penggunaannya.


2. Dalam bahasa Arab, qalbu (heart) itu ialah jantung, yang berbentuk macam love atau daun itu. Tapi apabila diterjemah ke bahasa Melayu, berlaku kesilapan kerana ia diterjemah sebagai hati (liver). Padahal hati dalam bahasa Arab ialah kabid (liver). Dan kabid (hati, liver) tidak berbentuk love atau daun.


3. Jadi yang sebenarnya, apabila kita berasa geram kepada seseorang, hal itu disebut sebagai sakit jantung (sakit qalbu, break my heart). Contoh : “Aku sakit jantung (sakit qalbu) betul dengan orang tu.”

Tapi entah macam mana orang Melayu sebut hal itu sebagai sakit hati. Contohnya : “Aku sakit hati (break my liver) betul dengan orang tu.”


4. Kita nak betulkan balik benda ini, memang amat susah. Memang janggal kalau kita sebut pada orang : “Aku sakit jantung betul dengan orang itu.”


5. Jadi, untuk tepatkan lagi bahawa saya sedang bicarakan tentang diri kita yang sebenar iaitu qalbu (heart, jiwa), maka sesekali saya akan guna istilah jantung hati untuk qalbu itu, sebab hampir semua orang Melayu mengekalkan kesilapan dengan menyebut qalbu/ heart sebagai hati (liver).


Imam al-Ghazali dan Tarekat Ghazaliyah sangat mementingkan maksud asal sesuatu kalimah itu (tanpa menafikan penggunaan maksud kalimah yang sudah terubah itu). Hal ini boleh dirujuk semula dalam Kitab Ilmu pada bahagian lima kalimah yang sudah terubah maksudnya.


Maka istilah yang sebenarnya ialah sakit kalbu/ jantung (bukan sakit hati), senang kalbu/ jantung (bukan senang hati), tawar kalbu/ jantung (bukannya tawar hati), susah qalbu/ jantung (bukannya susah hati), dan sebagainya.


Maka jawapan kepada pertanyaan itu, saya sesekali guna istilah jantung hati tu sebab nak tunjukkan organ/ daging jantung (heart, qalbun) pada zahirnya, dan nak tunjukkan qalbu yang halus yang juga disebut heart (bukan liver) pada batinnya.


1/9/24


No comments: