Saturday, September 21, 2024

Bolehkah Syaitan Mengaku Sebagai Rasulullah?

 

Fathie Aie menulis : Saya juga penah bermimpi seseorang datang kepada saya mengaku sebagai Rasulullah. Tapi saya pun tak tahu kenapa bila dia kata macam tu tiba2 diri saya kata engkau bukan Rasulullah tapi engkau iblis (menyamar). Terus hilang mimpi tu... :)

Jadi memang betullahkan iblis boleh berlakon jadi Rasululullah di dalam mimpi? Yang dia tak boleh buat hanya meniru wajah Rasulullah yang sebenarkan ustaz?


Jawapannya : Ya. Syaitan2 boleh sahaja hendak mengaku sebagai Rasulullah saw. Saya ada pengalaman sendiri, guru saya pun ada, dan orang2 lain pun ada. Bahkan syaitan2 hendak mengaku sebagai Allah pun boleh. Contohnya dalam kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Pengalaman saya sendiri pun ada.


Yang syaitan2 tidak boleh buat ialah meniru atau menyerupai RUPA Rasulullah saw. Tetapi mereka boleh sahaja mengaku sebagai Rasulullah, cuba meniru cara Rasulullah menghias rupanya (dari segi cara berpakaian, berjubah, berserban, berjanggut, bercelak, bertongkat dsb), dan cuba meniru gaya Rasulullah saw.


RUPA asli Rasulullah yang biasa ternampak di dalam mimpi hanyalah muka, leher, tangan separas pergelangan tangan, dan kaki separas pertengahan betis. Bahagian2 ini mereka tidak dapat tiru. Tetapi mereka boleh gunakan rupa orang lain atau rupa rekaan. Sementara bahagian2 lain RUPA Rasulullah saw yang tertutup dengan serban, jubah dan seluar (seperti dari tengkuk sampailah ke pertengahan betis dan pergelangan tangan), tak ada masalah untuk mereka guna sebarang serban, jubah dan seluar. Wallahua’lam.


20/9/24


No comments: