Kita dapat berusaha dan berikhtiar sementara kita masih hidup sahaja. Bahkan kadang2 kita akan terhenti usaha atau terlemah usaha apabila kita tidak sihat, uzur, terkongkong pergerakan dan sebagainya, walaupun kita masih hidup. Apabila nyawa sudah terpisah dari badan (yang pada bila2 masa sahaja boleh terjadi walaupun sebentar lagi), maka tamatlah dan tertutuplah “buku usaha” kita.
Allah sangat suka dengan orang2 yang berusaha, lebih2 lagi mereka yang berusaha pada tahap gigih. Sebab itulah diberikannya pahala dan dikurniakan kasih sayang serta cinta-Nya kepada mereka. Di akhirat sana diganjarkan-Nya pula dengan jannah (syurga) dan yang lebih daripada itu juga.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : “Dia (Allah) tidak dipersoal (tidak akan diminta pertanggungjawaban) tentang apa yang Dia lakukan, tetapi merekalah (manusia) yang akan dipersoal (diminta pertanggungjawaban tentang apa yang mereka lakukan).” (Al-Anbiya’ : 23)
Kita hanya diperintahkan untuk berusaha, manakala hasilnya Allah sahaja yang menentukannya. Wilayah kerja-Nya tidak akan dipersoal dan diminta pertanggungjawaban di akhirat nanti, maka kita imani teguh2 100% dan tutup daripada bersibuk2 tentangnya rapat2. Kita tidak dibenarkan bersibuk2 dalam wilayah kerja-Nya iaitu wilayah hakikat. Tetapi wilayah kerja kita iaitu wilayah syariat ini pasti akan dipersoal dan diminta pertanggungjawaban di akhirat nanti. Maka wajiblah kita bersibuk2 dalam wilayah usaha ini.
“Saya tak kisah pun apa yang nak jadi dengan diri saya (maka saya tak mahu berjuang dan berkorban).”
Tidak boleh bersikap begitu. Tapi sekiranya masih berdegil juga, apa lagi yang boleh dibuat. Maka kita pendekkan cerita sahajalah... walaupun kita tidak mahu perjuangkan diri sendiri, tapi tolonglah perjuangkan anak2, isteri, cucu2, saudara-mara, teman2, kenalan dan masyarakat yang ada. Mereka mungkin akan hidup lebih lama daripada kita dan akan melalui dugaan2 hidup seterusnya. Takkanlah kita langsung tidak mahu memberi walau sedikit sumbangan usaha untuk kesejahteraan mereka? Takkanlah sampai sedemikian “hebatnya” kita mementingkan diri sendiri?
Di sini hidup sangat sekejap, di sanalah hidup selama-lamanya.
Di sini tempat berusaha, di sanalah tempat berehat.
Di sini tempat berjuang, di sanalah tempat bertenang, berlapang2 dan bersenang2.
Di sinilah ada peluang2 untuk menyelamatkan, di sana hanya menanti keputusan.
Sesungguhnya nikmat berletih2 dalam berjuang dan berkorban itu hanya ada di dunia ini. Rebutlah ia sebelum kita “menutup mata”, sementara masih ada masa. Di sana nanti tidak ada lagi nikmat berletih2, berjuang dan berkorban pada jalan-Nya.
Jika masih belum sampai ke maqam berasa nikmat dan lazat dalam berletih2, berjuang dan berkorban pada jalan-Nya pun, jika dapat berada pada maqam berlatih2 dan mencuba2 sahaja pun sudah cukup bagus sebagai permulaan.
18/9/24
No comments:
Post a Comment