Wednesday, September 4, 2024

Beza Antara Hati dan Perasaan

 

Hati ialah qalbu. Ia lebih “besar” daripada perasaan.

Perasaan itu lebih “kecil” daripada hati, dan ia “terletak” pada hati.

Hati itu ibarat Semenanjung Tanah Melayu. Perasaan itu pula ibarat negeri Pahang (yang terletak pada Semenanjung Tanah Melayu.

Hati itu heart. Perasaan itu feel.


Dalam situasi2 tertentu, kadang2 hati dan perasaan itu mempunyai maksud yang sama. Contohya :

Perasaan saya sangat senang ketika ini.” = “Hati saya sangat senang ketika itu.”

Awak tak fikIrkan hati saya?” = “Awak tak fikirkan perasaan saya?”

Sama.


Dan kadang2 hati dan perasaan itu mempunyai maksud yang berbeza. Contohnya :

Hati kitalah yang akan dinilai oleh Allah di akhirat nanti.” Tak sesuai dikatakan : “Perasaan kitalah yang akan dinilai di akhirat nanti.”

Hati orang itu memang busuk.” Tak sesuai dikatakan : “Perasaan orang itu memang busuk.”

Hatinya bersih dan mulia.” Tak sesuai dikatakan : “Perasaannya bersih dan mulia.”


Hati ialah diri kita yang sebenar, diri kita yang ghaib, diri kita yang batin.

Perasaan pula ialah keadaan hati itu, keadaan diri kita yang ghaib itu, keadaan diri kita yang batin itu.


Apa perasaan kamu sekarang?” (betul penggunaannya)

Apa hati kamu sekarang?” (pelik penggunaannya)


Hubungan sebenar antara kedua2nya hanya Allah sahajalah yang tahu hakikatnya, kerana hati dan perasaan itu melibatkan ruh, dan ruh itu urusan Allah. Sangat sedikit yang kita tahu tentang ruh.


2/9/24


No comments: