Sunday, September 29, 2024

Imam Ghazali - Mengapa Lambat Berubah Akhlak?

 

Mengapa sebahagian orang lambat menerima perubahan akhlak?

Hal ini banyak bergantung kepada keadaan diri orang2 tersebut. Secara ringkasnya Imam al-Ghazali membahagikan mereka kepada 4 golongan iaitu :

1. Ada manusia yang tidak tahu mana akhlak yang baik dan mana akhlak yang buruk. Jenis ini insya-Allah mudah dan cepat diubati penyakit hatinya. Imam al-Ghazali mengatakan inilah golongan jahil.

2. Ada manusia yang tahu mana akhlak baik dan mana akhlak buruk, tetapi dia membiasakan akhlak yang buruk itu. Jenis ini agak sukar diubati penyakit jiwanya. Inilah golongan jahil dan sesat (sesat tidak jumpa jalan, bukannya sesat terkeluar dari agama).

3. Ada manusia yang berpegang (meyakini) bahawa akhlak yang buruk itu bagus pula. Jenis ini hampir2 tidak dapat diubati qalbunya. Kata imam, ini golongan jahil, sesat dan fasiq.

4. Ada manusia yang berpegang (meyakini) bahawa akhlak yang buruk itu bagus malah dia berbangga pula dengan akhlak yang buruk itu. Jenis ini paling sukar untuk diubati ruhaninya. Ini golongan jahil, sesat, fasiq dan jahat.


*Rumusan Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Latihan Qalbu

No comments: