Apa itu sanad?
Sanad = Rantaian antara guru dan murid. Salasilah. Rantaian antara penyampai dan penerima ilmu.
Mengapa sanad tarekat itu penting?
1. Supaya kita boleh menilai dengan lebih baik akan asal-usul sesuatu tarekat itu.
2. Supaya kita boleh mengagak dengan lebih baik akan kekuatan, kesahan dan kebenaran sesuatu tarekat itu. Dengan ada sanad pun kadang2 timbul juga masalah, apatah lagi jika tanpa sanad.
3. Supaya kita mendapat berkat.
4. Sebagai benteng pertahanan untuk kita. Orang agak sukar untuk mempertikaikan kita.
5. Supaya kita tahu akan guru2 kita.
6. Supaya kita punya rasa perhubungan yg erat dengan Rasulullah saw dan tokoh2 sesuatu ilmu itu.
7. Sebagai pengesahan bahawa kita memang mengambil dan mengamalkan Tarekat Ghazaliyah.
*Maka biasakan diri bertanya dan mohon ditunjukkan sanad sesuatu ilmu itu.
Apakah antara keistimewaan sanad Tarekat Ghazaliyah ini?
1. Sanadnya bersambungan penuh, tiada terputus sejak daripada Rasulullah saw sampailah kepada kita hari ini.
2. Ada 3 lagi sanad sampingan sebagai sokongan. Ertinya sanadnya ada 4 jalan. Daripada jalan Huzaifah ibnu al-Yaman, Saiyidina Abu Bakr, Saiyidina ‘Umar dan Saiyidina ‘Ali.
3. Sanad ruhaniyah bukanlah hujah, bukti atau sandaran kukuh. Bahkan banyak orang yang berdusta menggunakan sanad ruhaniyah atau dipermainkan oleh jin2. Ia sekadar sebagai tambahan sahaja. Tarekat Ghazaliyah juga punya sanad ruhaniyah.
- petikan Majlis Penerangan & Pengijazahan Tariqah Ghazaliyah 2024
No comments:
Post a Comment