Apakah antara cabaran2 awal (tapi berat) dalam bertarekat Ghazaliyah?
1. Cabaran untuk keluar daripada terkongkong dengan persepsi sedia ada tentang tarekat.
2. Cabaran untuk menjadikan golongan paling utama dalam Islam iaitu R4’S sebagai contoh teladan.
3. Cabaran untuk tidak berhubungan atau berurusan dengan makhluk berakal selain manusia (iaitu jin).
4. Cabaran untuk tidak mudah2 terpesona dengan hal2 dan benda2 mencarik adat (pelik, ajaib, luarbiasa) dan sangat kurang memperkatakan tentangnya.
5. Cabaran untuk membiasakan diri mengunakan sandaran2 yang kukuh.
Dan sebagainya.
Semua hal di atas sebenarnya akan melambatkan perjalanan keruhanian kita sejak awal lagi, walaupun kita sentiasa berjalan dan gigih teruk berjalan. Sepatutnya kita work smart bukannya work hard. Ertinya belajar, beramal dan bertarekat dengan bijak dalam berusaha, bukannya belajar, beramal dan bertarekat dengan teruk dalam berusaha.
- petikan Majlis Penerangan & Pengijazahan Tariqah Ghazaliyah 2024
No comments:
Post a Comment