Qalbu yang mazmumah hendaklah diuruskan dengan amalan batin (contohnya seperti zikir & wirid) secara berterusan. Qalbu yang mazmumah juga kena dilayan dengan amalan zahir.
Contoh : sifat mazmumah yang bernama kedekut.
Amalan batinnya zikrullah berterusan “Ya Rahman”. Tapi hal itu belum mengeluarkan dia daripada sifat kedekut (bakhil).
Maka cara nak keluar daripada sifat mazmumah bakhil itu, apabila mampu, dia terus sahaja memberi dan memberi (contohnya sedekah) dengan ikhlas, sambil ingat akan Allah. Dengan mudahnya qalbu yang memberi itu tadi secara automatik terkeluar ia daripada sifat mazmumah yang bernama kedekut.
Contoh : sifat mazmumah yang bernama enggan bertanggungjawab.
Ali sengaja memecahkan pasu bunga Abu.
Amalan batinnya – Ali mengamalkan ayat Al-Quran tertentu sebagai wirid berterusan untuk membuang sifat mazmumahnya yang bernama : mahu lari daripada bertanggungjawab. Tapi amalan itu belum menjadikan Ali seorang yang bersifat mahmudah bertanggungjawab.
Lalu Ali dalam keadaan ingat akan Allah, terus dia pergi berjumpa tuan punya pasu dan membayar ganti ruginya. Ketika itu barulah dia mendapat sifat mahmudah yang bernama bertanggungjawab dan menghapuskan penghalanya menuju Allah iaitu sifat mazmumah yang bernama : tidak mahu bertanggungjawab.
Contoh :
Ali ternampak Abu yang melanggar Adam. Tapi Adam salahkan Abu. Ali tahu Abu yang bersalah, tapi Ali tidak berani bersuara atau bertindak. Ketika ini Abu mempunyai sikap mazmumah yang bernama pengecut atau tidak berani dengan kebenaran.
Balik ke rumah, Ali pun berzikir “Ya Qahhar” 300,000 kali setiap hari selama sebulan untuk dia keluar daripada sifat mazmumah yang bernama pengecut itu. Tapi dia belum dapat melepaskan diri daripada sifat mazmumah penegcut itu.
Suatu hari Ali pun menyuarakan hal sebenar yang terjadi kepada masyarakat atau pihak2 tertentu dalam keadaan dia ingat akan Allah. Maka ketika itu barulah Ali berjaya melepaskan dirinya daripada sifat mazmumah pengecut itu. Hilanglah salah satu penghalangnya dalam menuju kepada Allah.
Kesimpulannya, qalbu yang mazmumah itu kena diuruskan dengan zikrullah DAN tindakan tentera dan rakyat (iaitu tubuh badan kita).
No comments:
Post a Comment